Header Ads

Ambil Injection Vitamin C, Ubat Kulit Putih "Flawless".. Akhirnya Derita Buah Pinggang Rosak


Semua gadis dan wanita di luar sana idamkan wajah yang cantik berseri-seri bak kata orang kulit nampak flawless gitu.

Terpengaruh dengan produk di pasaran yang menjanjikan kesan kulit putih cantik dan flawless, ramai yang terjebak dengan produk kecantikkan tersebut, dan ada yang memberi kesan sampingan.



Seorang gadis bernama Wa Ell (nama FB), telah berkongsi pengalamannya menggunakan produk untuk memutihkan kulit dan mencantikan kulit sehingga ianya memberi kesan kemudaratan kepada kesihatannya.

Yang menyedihkan, gadis ini kini menanggung derita akibta buah pinggang (kidney) kini telah 100% rosak dan telahpun jalani pembedahan untuk dibuang.

Akhirnya si gadis menyesal dengan tindakannya yang mendambakan kecantikan luaran akhirnya kesihatan yang bermasalah.

Ikuti perkongsian dari gadis ini.



CANTIK SAMPAI MUDARAT DIRI


Salam semua, hari ni baru aku nak bukak cerita pasal aku punya kes last year sebelum nak raya lagi dua minggu aku masuk hospital kpj pasal apa ampa nak tau? 

Tuh la org kata nak cantek punya pasai sampai sanggup memudaratkan diri sendiri. Pendek cerita mcm ni la, hat mana nak lawa nak puteh gebu gebas flawless bagai tuh tak payah la pi injection vitamin c pala bapak pa semua tuh mengarut weh semua side effect dalaman habeh rosak buah pinggang, aku ni bukan kes rosak buah pinggang ni kes dah mati dah buah pinggang aku mang 100% kena buang di sahkan oleh doktor.

OPERATION RM12K


Mula tu aku ada ketumbuhan kat pundi kencing, aku pergi klinik KSWAN kat desa wawasan bukit mertajam aku pi check dulu, mula tuh dia tak pasti dia ingat aku ada cyst tapi bkn bladder cyst, entah apa kejadah tumbuh kat pundi kencing aku semua sebab akibat pemakanan supplement tak tehawan aku amik dulu, punya nak cantek aku pon makan la collagen ank puteh la apa la last kali nahhh amik hang dok la hospital seminggu sakit pon dapat ,mengelupoq dlm hospital xleh nak lena pya dok tahan sakit sampai qeyau suruh nurse cucuk bg ubat tahan sakit ampa tau dak.

Aku memang rasa serik ya amat dah time tu. Operations pi dah ketumbuhan kat pundi kencing tuh , kena pi RM12k sekali operations 😭 ampa tgk nk cantek modai tak sampai 12k, sekali sakit nahhh Allah tarik habeh nikmat aku 12k aku byq bil hospital kat kpj . 


PENGAJARAN, BIAR KULIT HITAM TAK APA


Ni pengajaran buat aku la nak lawa sangat kan tanggunglah akibat. Pastu doktor cakap kat aku buah pinggang aku dah mati kena operation buang tapi buang sebelum kawen sebab takot side effects kot lain plak. Takut merebak kuman.

Kampoi duit plak nak operations ni 😭. Tu la org kata nak lawa smpai memudaratkan diri sendiri buat apa? Biaq lah kulit hitam pon tak pa aih asalkan hati tuh jgn hitam sudah la weyh. Sebab benda ni dah jadi kat aku so aku nak ampa alert la benda macam ni. Jangan sampai kesihatan ampa terjejas. Ampa tengok aku muda lagi tak kawen lagi pon dah macam2 penyakit dok mai.



DERITA, SEDIH


Orang nampak luaran kita nampak sehat tapi hakikat dia dalaman kita xtau pasai tak nampak, seumur hidop aku xpernah pi check dalaman aku kat hospital, bila rasa sakit baru terjah pi hospital buat CT scan semua dapat lah result 😭 aku cuma nak pesan lah, pompuan hat kat luaq tuh tak payah nak lawa sangat lah kalau makan ubat nak bagi puteh semua tuh leh merosakkan buah pinggang ampa dengan injection pa kejadah tuh bukan lulus KKM pon sebenarnya. Tuh ja aku nk share cerita aku. Derita weyh, sedih 😭


Itulah perkongsian gadis ini. Diharap dijadikan pengajaran, janganlah sampai diri sendiri yang jadi mangsa baru nak menyesal.

Sumber: Wa Ell

No comments

Powered by Blogger.