Header Ads

Yarsagumba Lebih Mahal Daripada Emas, Mampu Rawat Kanser Dan Digelar Viagra Himalaya..



KATHMANDU: Dolpa, sebuah daerah terpencil di barat Nepal dengan lembah-lembah yang curam tinggi dan beriklim kering merupakan salah satu daerah terkemuka bagi herba terkenal, Yarsagumba.

Image result for Yarsagumba.

Image result for Yarsagumba.

Setiap tahun pada bulan Mei dan Jun, ribuan penduduk akan datang ke Dolpa untuk menuai Yarsagumba.


Bagi keadaan yang lebih ekstrem, banyak sekolah di pedalaman Nepal lengang dan sesi persekolahan terpaksa dihentikan selepas para penduduknya keluar untuk menuai Yarsagumba.

Apa sebenarnya Yarsagumba?

Image result for Yarsagumba.

Related image

Yarsagumba merupakan herba luar biasa yang tumbuh di padang rumput pada ketinggian melebihi 3,500 meter dari aras laut di kawasan pergunungan Himalaya iaitu di negara Nepal, Tibet, Bhutan dan India.

Sebelum musim hujan bermula, spora dari cendawan cordyceps menjangkiti kepala ulat beluncas yang tinggal di bawah tanah.

Related image

Related image

Kemudian secara beransur-ansur spora kulat itu akan tumbuh dalam badan ulat beluncas tersebut lalu membunuhnya dan ianya tumbuh sebagai herba yang dinamakan Yarsagumba.


Penduduk tempatan percaya Yarsagumba adalah ubat ajaib. Herba ini didakwa mampu menyembuhkan pelbagai penyakit bermula asma sehinggalah kanser.

Namun, salah satu khasiat Yarsagumba yang paling menonjol ialah ia dijadikan sebagai ubat kuat lelaki.

Related image

Maka tidak hairanlah mengapa herba ini digelar viagra Himalaya. Difahamkan, Yarsagumba mendapat permintaan tinggi di China dan negara Asia lain.


Harganya boleh mencecah puluhan ribu ringgit untuk berat hanya beberapa gram.

Image result for Yarsagumba.

Malah, tidak keterlaluan harga Yarsagumba lebih mahal daripada emas.

Menurut Karma Lama, penjual Yarsagumba, harga bagi satu kilogram Yarsagumba boleh mencecah sehingga AS$100,000 (RM406,014) di pasaran antarabangsa seperti di China, Korea Selatan, Thailand, Jepun, England dan Amerika Syarikat. - BBC

No comments

Powered by Blogger.