Header Ads

(VIDEO) "Tertuduh Dilepas Dan Dibebaskan Daripada Semua Empat Pertuduhan," .'Sultan Melaka' Dilepas, Dibebaskan Daripada Tuduhan Menipu..

Ahli perniagaan, Noor Jan Tuah, 61, (tengah) hadir bagi mendengar keputusan mahkamah atas empat pertuduhan menipu dengan menyamar sebagai seorang sultan, ketika menganjurkan majlis penyerahan surat pelantikan dirinya sebagai Sultan Melaka, lima tahun lalu. - Foto Rasul Azli Samad

MELAKA: Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini, semalam memutuskan 'Sultan Melaka', Noor Jan Tuah, 61, bebas daripada semua empat tuduhan menipu dan menyamar sebagai Sultan Melaka, lima tahun lalu lapor Berita Harian.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie terhadap ahli perniagaan berasal dari Taman Seri Gombak, Selangor itu.


"Tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada semua empat pertuduhan," kata Meor Sulaiman pada akhir prosiding berkenaan.

Mengikut keempat-empat pertuduhan, Noor Jan didakwa menipu Zaamat Md Idris, 68, Mokhtar Md Yusof, 59, Ahmad Zainudin Abdul Hamid, 66, dan Hazizi Ikhwan Zaamat, 37, dengan cara samaran supaya keempat-empat mangsa mempercayai tertuduh adalah Sultan Melaka dengan membuat majlis istiadat penyerahan surat pelantikan sebagai Sultan Melaka, sedangkan itu bukan identiti sebenar tertuduh.


Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di sebuah pusat peranginan di Alor Gajah, kira-kira jam 10 malam, pada 28 Disember 2013.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Noor Jan ditahan sepasukan anggota polis pada Januari 2014 selepas mengadakan majlis penyerahan surat pelantikan pada Disember 2013.

Sejak dibicarakan pada 17 November lalu, 16 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan di mahkamah.

Pendakwaan diwakili Pengarah Pendakwaan Negeri Melaka, Azhar Mokhtar dan Timbalan Pendakwa Raya Mazuin Hashim, manakala Noor Jan diwakili peguambela Datuk Shaharudin Ali dan Mohd Khairul Abdul Aziz.

VIDEO:

No comments

Powered by Blogger.