Header Ads

(VIDEO) “Terbakar Pula Muka Laki Aku.” – Rosmah Berseloroh Pada Tetamu Ketika DS Najib Nyaris Terkena Percikan Bunga Api Ketika Kejutan Sambutan Ulang Tahun Ke-65..



KUALA LUMPUR: Muka bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak nyaris terkena percikan bunga api ketika kejutan sambutan ulang tahun ke-65 beliau di Bangunan Parlimen pada Isnin.

Ketika beliau diminta meniup bunga api di atas kek yang terpapar gambar wajahnya, bunga api yang dinyalakan tiba-tiba terpercik deras dan hampir menyambar mukanya.


Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pekan itu sempat mengelak daripada terkena percikan api tersebut.

Isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor sempat berpesan kepada tetamu yang menyalakan bunga api itu agar lebih berhati- hati.

"Terbakar pula muka laki (suami) aku," pesan Rosmah yang berseloroh sambil memegang bahu tetamu itu.


Turut kelihatan pada sambutan tersebut ialah pelakon Johan As'ari dan Ellie Suriaty.

Najib tidak panik malah ketawa besar dengan situasi itu.

Pada akhir upacara tersebut, Rosmah tidak melepaskan peluang menyuap sepotong kek kepada suami tercinta.


"Saya ucapkan yang terbaik untuk beliau dan juga untuk keluarga kami.

"Saya mahu anda semua tahu bahawa keluarga sangat menyayangi beliau dan kami percaya beliau di pihak yang benar," katanya. - Sinar Harian

VIDEO:

No comments

Powered by Blogger.