Header Ads

(VIDEO) “Saya Tidak Akan Bekerja Atau Berurusan Dengan DSV Lagi. Saya Tetap Menyimpan Rahsia Sebagai Rahsia. Cuma, Saya Patut Jujurkan Saja Nyatakan Bahawa Saya Dipecat Serta Merta.”DS Vida Vida Pecat PA Serta-Merta, 9 Pasang Sut Turut Minta Dipulangkan..



Tanda tanya 'kehilangan' pembantu peribadi kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman sejak akhir-akhir ini terjawab apabila lelaki itu mendedahkan keadaan sebenar yang menimpa dirinya.


Ahmad Iqbal Zulkefli berkata, dia telah dipecat serta-merta pada 1 Jun lalu oleh usahawan terkenal yang dikenali sebagai Datuk Seri Vida itu.


"Saya dipecat serta-merta oleh Dato Seri Vida. Sebagaimana tertulis, saya ditugaskan jawatan sebagai setiausaha sulit/ PA (pembantu peribadi), pegawai media dan pegawai pemasaran.

"Sebelum ini Dato Seri Vida menyatakan bahawa saya tidak lagi bekerja sebagai setiausaha sulit/ PA. Sejujurnya, saya bukan ditukar tetapi ditambah jawatan," katanya kepada mStar Online sambil menyertakan sekali surat pemecatan tersebut.


Melalui surat tersebut, Ahmad Iqbal gagal mengikuti skop kerja yang telah diberikan kepadanya sepanjang berkhidmat di Wisma Vida Beauty Sdn. Bhd.

Bagaimanapun, pemuda berusia 24 tahun itu mendakwa sejak menerima tugasan baharu tersebut, kerjanya bertambah banyak.

Surat pemecatan yang diserahkan kepada Ahmad Iqbal.

Tambahnya, tindakan mendedahkan hal sebenar dilakukan kerana berasa berhak mengetahui punca pemecatan itu dibuat.

"Saya patut umumkan hal yang benar, saya dipecat serta-merta tanpa ada khabar pun bahawa saya akan dipecat.


"Saya lebih senang untuk jujur. Namun, alasan dan sebab yang dinyatakan tidak munasabah," ujarnya.



Ahmad Iqbal turut memaklumkan bahawa dia tidak akan berurusan atau bekerja dengan usahawan yang juga seorang penyanyi itu.

Namun, pemuda terbabit berjanji akan 'menyimpan rahsia sebagai rahsia', tanpa menjelaskan lebih lanjut tentang maksud sebenar kenyataan itu.


Dakwa Ahmad Iqbal, dia turut diminta memulangkan segala barangan yang diberikan kepadanya termasuk sembilan suit pakaian berlainan warna yang disediakan oleh pihak syarikat.

Sumber: mStar Online



IQBAL TIDAK LAGI BEKERJA DENGAN DATO SERI VIDA . . Sebagaimana yang telah diberikan jawatan oleh syarikat & Dato Seri Vida, saya ditugaskan sebagai Setiausaha Sulit atau lebih ramai memanggil P.A. Jawatan kedua, adalah sebagai Pegawai Pemasaran. Merangkap juga sebagai Pegawai Media . . Saya mulai kenal Dato Seri Vida pada tahun 2016, tidak lama kemudian saya diserap masuk ke syarikat beliau sehinggalah 1 Jun 2018 saya tidak lagi di sini . . Memandangkan terlalu banyak mesej dari pelanggan serta orang bisnes yang sudah biasa berhubung dengan saya (setiap hari ada lebih kurang 100 mesej saya terima), saya terpanggil untuk umumkan secara terbuka agar tidak lagi jadi ‘tergantung’ dan agar ianya jelas . . Terima kasih kepada semua yang pernah berurusan dengan saya dan mohon maaf andai kesilapan saya lakukan. Doakan kebaikan buat saya. Sejujurnya, saya ingin bersahabat dengan semua, berharap agar memberi sokongan serta dorongan . Yang benar, Ahmad Iqbal Zulkefli @ahmadiqbalzulkefli . . Saya telah merancang hidup saya. Cuma, mahu juga dengar, pada pandangan kalian, apakah yang perlu saya lakukan selepas ini?
A post shared by Ahmad Iqbal Zulkefli (@ahmadiqbalzulkefli) on

No comments

Powered by Blogger.