Header Ads

(VIDEO) "Saya Lakukannya Untuk Dapatkan Insurans Yang Lebih Murah.” Lelaki Ini Sanggup Tukar Jantina Demi Dapatkan Insurans Kereta Chevrolet Cruze Lebih Murah..



SEORANG lelaki dari Alberta, Kanada menjadi terkenal di media sosial kerana menukar jantinanya untuk mendapatkan insurans kereta impian yang lebih murah.

Dia mengubah jantinanya kerana wanita di Kanada perlu membayar insurans kereta lebih rendah berbanding lelaki.

Image result for man changes his gender for cheaper car insurance:

Wanita berusia bawah 25 tahun membayar insurans yang rendah kerana lelaki lebih kerap terlibat dalam kemalangan.


Memetik laporan CBC, lelaki berusia 23 tahun itu membeli kereta jenis Chevrolet Cruze.

Ketika lelaki itu bertanya kepada syarikat insurans tentang jumlah yang perlu dibayarnya bagi mendapatkan Cruze, mereka memberitahunya ia bernilai AS$4,500 (RM58,888) setahun.

Image result for A MAN has revealed how he legally changed his gender in order to capitalise on

Dia berkata, dia bengang dan tidak ingin diperbodohkan lagi.

Ketika berbincang tentang beberapa aspek insurans kereta tersebut, dia bertanya ejen insurans tersebut satu soalan.


Berapa banyakkah yang perlu dibayar oleh seorang wanita untuk insurans kereta dan jawapan itu membuatkannya terkejut.

Wanita berusia 20-an hanya perlu membayar sebanyak AS$1,100 (RM4,467) setahun.

Dia kemudian meminta syarikat tersebut menukar jantinanya untuk polisi auto, tetapi permintaannya ditolak.

Kemudian lelaki tersebut menyedari terdapat kekurangan dalam sistem berkenaan iaitu polisi insurans hanya akan 'menerima' penukaran jantina apabila ia diubah pada sijil kelahiran dan lesen pemandu.


Lelaki tersebut mendapatkan surat daripada doktor untuk mengesahkan bahawa dia bukan lagi seorang lelaki dan kemudian menghantar surat itu kepada pihak berkuasa.

Tidak lama selepas itu, dia menerima sijil kelahiran baharu yang menyatakan dia adalah seorang wanita.

"Saya lakukannya untuk dapatkan insurans yang lebih murah. Saya 100 peratus lelaki.

"Secara undang-undang, saya seorang wanita," katanya.

No comments

Powered by Blogger.