Header Ads

(VIDEO) "Saya Amat Suka Rasa Otaknya.” Lelaki Kanibal Bunuh Kekasih Untuk Makan Otak Supaya Dapat Ilham Menulis Puisi..



SEORANG lelaki kanibal bertindak membunuh kekasihnya yang 24 tahun lebih tua daripadanya dengan kejam dan memberitahu polis dia amat menggemari rasa otak mangsanya itu.

Dmitry Luchin menjadi taksub dengan kabinalisme selepas membaca tentang kisah Milwaukee Cannibal Jeffrey Lionel Dahmer yang meliwat, membunuh dan mengerat anggota badan 17 lelaki dan juga kanak-kanak antara 1978 dan 1991.

Luchin, 21, membunuh teman wanitanya Olga Budunova, 45, dengan memukul kepala mangsa menggunakan botol wain sebanyak 25 kali sebelum mengerat tubuhnya dengan pisau pemotong daging.


Dia mengerat badan mangsa, makan otak dan turut minum darah kekasihnya.

Bercakap kepada polis mengenai pembunuhan itu, Luchin berkata:"Saya amat suka rasa otaknya. Saya mahu mencubanya lagi. Kemudian saya menuangkan darahnya ke dalam sebuah gelas."

Luchin didakwa melakukan pembunuhan kejam itu di kediaman kekasihnya di mana mereka merancang untuk minum bersama sempena meraikan Hari Wanita Antarabangsa.

Olga Budunova dibunuh dengan kejam oleh kekasihnya.

Saksi Alexandra Dedova, 21, berkata terdapat simbol syaitan di pintu yang dilukisnya menggunakan darah.

Dedova berkata:"Dia mahu memuja syaitan. Dia menunggu selama 5 minit tetapi syaitan tidak muncul."

"Kemudian dia ambil pisau pemotong daging dan membelah kepala mangsa. Dia mengeluarkan otak dan menjamahnya," kata saksi.


Pendakwa Olga Bondarenko berkata:"Suspek kemudian memotong perut dan telinga mangsa. Satu dimasukkan ke dalam mulutnya dan satu lagi ke dalam mangkuk kucing.

"Dia juga memasukkan botol wain ke dalam vagina mangsa," kata Dedova.

Image result for Russian who ate girlfriend's brain 'read about ritual murders online'

Image result for Russian who ate girlfriend's brain 'read about ritual murders online'

Image result for Russian who ate girlfriend's brain 'read about ritual murders online'

Adalah menjadi perkara biasa di Rusia bagi saksi bebas dijemput ke tempat kejadian untuk mengesahkan bahawa polis tidak mengubah bukti.

Luchin merayu supaya perbicaraan diadakan secara tertutup tetapi ditolak hakim.

Rayuannya ditolak kerana mahkamah berpendapat Luchin masih waras dan patut dibicarakan kerana melakukan pembunuhan ritualistik dan kanibalisme.


Luchin memberitahu polis bahawa dia melakukan pembunuhan itu untuk mendapat ilham menulis puisi.

Suspek berdepan hukuman penjara seumur hidup jika disabitkan bersalah atas pertuduhan tersebut.

VIDEO:

No comments

Powered by Blogger.