Header Ads

(VIDEO) Riza Aziz, Anak Tiri Najib Razak Dipanggil Ke SPRM Untuk Diambil Keterangan Berhubung Kes 1MDB..



PUTRAJAYA: Anak tiri kepada bekas Perdana Menteri, Riza Aziz, 48, tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan berhubung skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) lapor Berita Harian.


Beliau tiba kira-kira jam 1.30 tengah hari ditemani peguamnya, Datuk K Kumaraendran.

Riza Aziz yang juga seorang produser filem Hollywood pernah dikaitkan dengan isu 1MDB termasuk dakwaan menggunakan wang 1MDB untuk menerbitkan sebuah filem.

Related image

SPRM sejak akhir Mei lalu mula memanggil beberapa individu bagi melengkapkan siasatan berkaitan syarikat pelaburan strategik kerajaan itu termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib masing-masing pada 22 dan 24 Mei lalu hadir di Ibu Pejabat SPRM untuk memberi keterangan berhubung isu berkenaan.


Malah, pada 5 Jun lalu, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor turut hadir ke SPRM untuk memberi keterangan sama.

Related image

Minggu lalu, Pasukan Petugas Khas 1MDB bertindak membekukan lebih 900 akaun termasuk akaun UMNO Pusat dan UMNO Selangor bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan berhubung dakwaan bahawa akaun-akaun berkenaan menerima dana daripada 1MDB.


VIDEO:

No comments

Powered by Blogger.