Header Ads

(VIDEO) Patung Gergasi Replika Aktor Jeff Goldblum Seberat 150 KG Dipamerkan Di Kota London..



FRANCAIS filem Jurassic Park sekali lagi melalui episod penting dan ia tiada kaitan langsung dengan filem terbaru siri dinosaur itu.

Patung gergasi yang menjadi replika kepada aktor Jeff Goldblum bukan main santai lagi berbaring di tengah kota London.


Memetik laporan Express UK, Ini kerana filem Jurrasic Park mula dikeluarkan pada 25 tahun lalu dan London meraikannya dengan cara yang unik.

Gaya ikonik watak Dr Ian Malcolm tidak sempurna jika ia patung tersebut tidak dipadankan dengan persalinan berwarna hitam dan baju tidak dibutangkan.

Babak di mana Dr Ian Malcolm berbaring dalam filem Jurassic Park ketika awal tayangannya.

Patung tersebut turut meniru gaya baring yang sinonim dalam filem tersebut yang mana Dr Ian Malcolm berbaring sambil bertongkatkan sikunya.


Menurut laporan CNet pula, patung yang seberat 150.2 kilogram (kg) dibina setinggi 9.8 kaki dan hampir 23 kaki panjang.

Patung yang digelar netizen sebagai #JurassicJeff itu akan berada di luar kawasan Tower Bridge sehingga 26 Julai.

VIDEO:


No comments

Powered by Blogger.