Header Ads

(VIDEO) ‘Ketua Agama’ Diberkas Selepas Gagal Hidupkan Semula Orang Mati..


ADDIS ABABA : Seorang ketua agama ditahan selepas dia gagal menghidupkan semula orang yang telah meninggal dunia.

Getayawkal Ayele didakwa cuba melakukan perbuatan itu kepada mayat Belay Biftu dengan berbaring di atasnya dan menyeru namanya beberapa kali.


Menurut polis, usaha lelaki itu gagal dan ia telah mencetuskan kemarahan keluarga Biftu dan mereka bertindak memukulnya.

"Dia 'diselamatkan' oleh pihak berkuasa yang tiba di lokasi kejadian dan memberkasnya," kata jurucakapnya.


Difahamkan, insiden itu turut dirakamkan dan menjadi tular di media sosial.

Penduduk di bandar Galilee di wilayah Oromia memberitahu, Ayele bertemu dengan keluarga Biftu dan menceritakan kisah Lazarus yang dibangkitkan dari kubur oleh Jesus. Jadi, mereka bersetuju untuk menggali semula kubur Biftu untuk menghidupkannya semula. - BBC

VIDEO:

No comments

Powered by Blogger.