Header Ads

(VIDEO) Ibu Kuda Tercedera Gara-Gara Kaki Tersangkut Pada Surainya, Tindakan Anak Kuda Ini Sangat Menyentuh Perasaan..




Seekor ibu kuda ditemui tidak dapat berdiri seperti sediakala akibat tercedera. Setelah diteliti rupa-rupanya kuku kaki ibu kuda itu tersangkut pada surainya dan menyebabkan ia tidak dapat bangun.

Melihat keengganan anak kuda ini meninggalkan ibunya yang tercedera memberi pengajaran yang berguna


Keadaan tersebut bukan sahaja mencetuskan kebimbangan pada ibu kuda tersebut malah dilihat anaknya yang berada di sisinya juga tidak senang duduk. Anak kuda tersebut begitu bimbangkan ibunya yang tercedera malah enggan pergi dari sisi ibunya.


Anak kuda tersebut dilihat mundar-mandir di sisi ibunya. Malah ketika penyelamat mendekati ibu kuda tersebut, anak kuda berlari mengelilingi mereka. Mungkin sebagai tanda memberi sokongan kepada ibunya.



Penyelamat tersebut menenangkan ibu kuda dan kemudian memotong sedikit surainya yang kusut itu. Selepas itu, ibu kuda dibiarkan sendirian supaya ia dapat bangun dan berdiri sendiri.

Mungkin akibat keletihan cuba melepaskan kuku kakinya yang tersangkut sebelum ini, ibu kuda masih belum mampu untuk bangun. Melihat keadaan tersebut, anak kuda menghampiri ibunya, seolah-olah memberi kata-kata perangsang kepada ibunya.


Akhirnya selepas beberapa percubaan, ibu kuda tersebut berjaya bangun dan berdiri. Dua beranak ini bersama-sama berjalan pulang. Ia sememangnya sebuah peristiwa yang sangat mengagumkan dan semoga kita sebagai manusia mendapat manfaat dari cerita ini.





No comments

Powered by Blogger.