Header Ads

(VIDEO) ‘Dibuang Ibu Kerana Berpenyakit.’ Terharu, Anak Cimpanzi Melompat Kegembiraan Bertemu Kembali Pengasuh Yang Menjaga Sejak Lahir..



SAAT-saat seekor cimpanzi yang gembira dapat bersatu semula dengan penjaganya benar-benar menyayat hati.

Satu rakaman telefon bimbit menunjukkan Limbani sedang menghirup minuman dengan straw sebelum dipanggil dari belakang oleh bekas penjaganya, Jorge.


Haiwan dari keluarga monyet itu sangat gembira dan melompat ke badan lelaki itu sambil memeluknya dengan erat.


Image result for Rescue Chimp Goes Bananas When Reunited with Old Caretakers

Related image

Aksi Limbani yang memeluk leher Jorge dengan kakinya diletakkan di pinggang tak ubah seperti gelagat seorang anak kecil yang berjumpa bapanya.

Jorge juga mengusap-usap kepalanya dan memberikannya ciuman.


Haiwan itu kemudian ternampak isteri Jorge, Tania, dan melompat pula ke dalam pelukan wanita itu.

Yayasan Hidupan Liar Zoologi di Miami yang memuat naik video menyayat hati itu menjelaskan bahawa pasangan itu membantu menjaga Zimbani sepanjang masa sepanjang beberapa bulan pertama dalam kehidupannya selepas dia dilahirkan dengan radang paru-paru dan dipinggirkan oleh ibunya.

Image result for Limbani chimpanzee

Image result for Limbani chimpanzee

Yayasan itu berkata haiwan itu mungkin boleh hidup berbulan-bulan tanpa melihat Jorge dan Tania tetapi tindak balasnya adalah selalu sama.


Limbani menghidap pneumonia selepas ibunya patah tiga tulang rusuk semasa kelahirannya dan 'membuang' anaknya apabila tidak dapat menghasilkan susu mencukupi, lapor popculture.trending.

Video ini menunjukkan ikatan yang erat antara binatang dan keluarga angkatnya kerana dia dijaga dengan rapi untuk empat bulan pertama kehidupannya.

VIDEO:






No comments

Powered by Blogger.