Header Ads

(VIDEO) “Dia Tidak Suka Mainan, Dia Lebih Meminati Matematik.” Kanak-Kanak Usia 8 Tahun Miliki IQ 145 Bakal Melanjutkan Pelajaran Ke Universiti..



BRUSSELS: Seorang kanak-kanak lelaki, Laurent Simons yang memiliki tahap kecergasan minda (IQ) 145 bakal menyambung pengajian ke sebuah universiti pada usia lapan tahun.

Related image

Laurent yang menggemari subjek matematik, baru-baru ini telah menamatkan pendidikan sekolah menengah dengan menyaksikan dia duduk bersama rakan sekelas yang rata-ratanya berusia 18 tahun pada satu majlis graduasi.


Bercakap kepada radio RTBF, Laurent berkata dia suka subjek matematik kerana skopnya begitu luas, selain mempunyai statistik, geometri dan algebra.

Image result for Laurent Simons

Related image

Bapa kanak-kanak itu, Alexander berkata anaknya tidak suka permainan kanak-kanak, juga sukar untuk bermain dengan kanak-kanak lain seusianya.


Laurent yang berminat untuk menjadi pakar bedah atau angkasawan berkata, dia kini cenderung untuk mendalami bidang berkaitan komputer.

“Malah, jika dia berminat untuk menjadi tukang kayu, kami tiada masalah asalkan dia gembira,” kata bapanya. - BBC

VIDEO:

No comments

Powered by Blogger.