Header Ads

(VIDEO) 10 Hari Hilang, Akhirnya 12 Kanak-Kanak & Jurulatih Ditemui Selamat Terperangkap Dalam Gua..



BANGKOK 3 Julai - Deraian air mata yang diiringi ungkapan "Terima kasih, Terima kasih' menyambut kedatangan pasukan penyelamat apabila sekumpulan 12 kanak-kanak lelaki dan jurulatih mereka ditemukan di dalam gua yang banjir di Chiang Rai, utara Thailand malam tadi.

Related image

Image result for thai navy seal facebook

Image result for Thailand cave rescue: appeal for small full-face masks – live updates

Related image

Related image

Image result for Thailand cave rescue: appeal for small full-face masks – live updates

Image result for Thailand cave rescue: appeal for small full-face masks – live updates

Image result for thai navy seal facebook

Sepasukan Tentera Laut Diraja Thailand (SEAL) dan penyelam dari luar negara menemukan kumpulan kanak-kanak itu, berumur antara 11-16 tahun dan jurulatih, 25, di dalam gua Tham Luang pada pukul 9.30 malam tadi (waktu tempatan) iaitu 10 hari selepas mereka dilaporkan hilang.

Image result for thai navy seal facebook

Satu rakaman berdurasi lima minit disiarkan dalam akaun facebook SEAL lewat malam tadi secara sepintas lalu mengenai keadaan kanak-kanak berkenaan, yang berkaki ayam tapi masih memakai jersi sukan serta duduk di bahagian atas batu yang kering di dalam gua yang gelap itu.


Sesetengah kanak-kanak berkenaan dillihat menyapu titisan air mata kegembiraan selepas melihat pasukan penyelamat, yang berusaha mententeram dan memberi jaminan yang mereka selamat dan usaha sedang dilakukan untuk membawa mereka keluar dari gua itu secepat mungkin.

Image result for Thailand cave rescue: appeal for small full-face masks – live updates

"Bukan hari ini, bukan hari ini, kita akan datang, ramai akan datang. Kami yang pertama," kata seorang daripada pasukan penyelamat itu yang pandai berbahasa Inggeris kepada kanak-kanak dan jurulatih Akademi Bola Sepak Mu Pa, apabila ditanya oleh seorang daripada kanak-kanak berkenaan mengenai bila mereka akan dibawa keluar dari gua berkenaan.

Image result for Thailand cave rescue: appeal for small full-face masks – live updates

Related image

Seorang daripada kanak-kanak berkenaan juga bertanya hari apakah hari ini, yang lantas dijawab oleh seorang daripada pasukan penyelamat, "Hari ini Isnin, kamu telah berada dalam gua ini selama 10 hari. Kamu amat tabah. Kami telah menyelam selama berhari-hari."

"Saya sungguh gembira. Berbanyak terima kasih, kamu dari mana," tanya seorang lagi kanan-kanak yang dijawab oleh penyelam dari luar negara yang tidak dikenali namanya, dari "England".


Image result for Thailand cave rescue: appeal for small full-face masks – live updates

Berita gembira ini, yang dinantikan oleh berjuta rakyat Thailand dan luar negara yang bimbang dengan keselamatan kumpulan kanak-kanak ini, akhirnya diumumkan oleh gabenor Chiang Rai, Narongsak Osoththanakorn, yang mengumumkannya pada persidangan akhbar berhampiran tempat menyelamat itu kira-kira 11 malam tadi (waktu tempatan).

"Penyelam SEAL (Tentera Laut Diraja Thailand) memaklumkan bahawa mereka berjumpa dengan 13 kanak-kanak dan jurulatih itu dalam keadaan selamat," katanya dan menambah bahawa semua kanak-kanak lelaki itu dan jurulatih berkenaan masih berada dalam gua itu.


Narongsak, yang juga jurucakap de-facto bagi misi menyelamat itu berkata, langkah seterusnya ialah menghantar doktor dan makanan ke lokasi kumpulan kanak-kanak itu ditemukan.

Para doktor yang berkebolehan menyelam itu akan melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas kanak-kanak berkenaan terlebih dahulu sebelum sebarang usaha membawa mereka keluar dari gua berkenaan yang terletak berhampiran sempadan Thailand dan Myanmar.

Image result for Thailand cave rescue: appeal for small full-face masks – live updates

Jajaran gua berkenaan dianggap oleh sekumpulan pakar gua sebagai gua keempat terbesar di Thailand.

Para pegawai rasmi juga berkata mereka akan terus mengepam keluar air dari gua berkenaan bagi memudahkan usaha para penyelamat membawa keluar kanak-kanak berkenaan dari gua itu memandangkan pegawai ramalan cuaca menyatakan cuaca basah akan berlaku mulai esok dan banjir akan melanda sekali lagi di gua berkenaan.

Sementara itu, berita mengenai usaha menyelamat selepas hari ke 10 itu membawa khabar kegembiraan kepada ahli keluarga kanak-kanak berkenaan dan jurulatih mereka, yang sentiasa berdoa berhampiran jajaran gua berkenaan.


Dengan air mata yang bergenang di kelopak mata namun diiringi senyuman, Aisha Wiboonrunrueng, seorang daripada ibu kanak-kanak yang hilang itu, yang menunggu dengan penuh sabar berhampiran gua berkenaan memberitahu media tempatan, beliau akan masak makanan kegemaran anak lelakinya yang berusia 11 tahun itu, telor dadar Thai, apabila anaknya selamat pulang ke rumah.

Image result for Thailand cave rescue: appeal for small full-face masks – live updates

Image result for thai navy seal facebook

Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha dalam satu kenyataan segera awal pagi ini berdoa agar kanak-kanak dan jurulatih berkenaan "selamat dan cepat sembuh" di samping berterima kasih kepada pasukan penyelamat yang terdiri daripada pelbagai pasukan penyelamat atas usaha mereka.-BERNAMA

VIDEO:


No comments

Powered by Blogger.