Header Ads

“Tolong berambus” – Itu jawapan Sharifah Sakinah selepas terima info suami curang



PELAKON Sharifah Sakinah memuat naik paparan skrin mesej peribadi yang diterima daripada sebuah akaun yang menuduh suaminya mempunyai hubungan dengan seorang wanita.

Sharifah Sakinah, 29, memberi amaran kepada orang luar agar tidak mencampuri urusan rumah tangganya.

“Perhatian kepada orang luar yang tidak tahu tentang kehidupan dan hubungan rumah tangga saya, dengan rasa penuh hormat tolong berambus.
“Kami tidak perlukan perhatian atau tuduhan tidak berasas dalam kehidupan peribadi saya. Siapa anda pelik gila,” ujarnya pada Jumaat lalu.
Pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka itu berang apabila individu tidak dikenali cuba menuduh suaminya mempunyai hubungan dengan seorang pramugari.


Menerusi akaun bernama @Mia,Haidy itu, individu berkenaan menghantar sekeping foto kepada pelakon berkenaan.
“Salam kak Sharifah, saya nak tanya tapi bukan nak menuduh. Cuma saya dapat gambar ini dari IG seorang perempuan ni.
“Harap kak Sharifah tabah walau apa pun jadi dalam hidup, I janji tak akan bagitahu tentang ni. I perasan dari dulu lagi sebab perempuan tu pramugari,” ujar wanita pada paparan skrin tersebut.
Sakinah dan suaminya, Aliff Adha, 29, yang juga seorang juruterbang mendirikan rumah tangga pada Mac 2015.

Pasangan ini menimang cahaya mata yang kini berusia setahun. Apapun semoga beliau tabah mengharungi dugaan dalam dunia hiburan. 

Sumber: 
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/07/20/sharifah-sakinah/#Lls3lCSgpgUtUj0U.99

No comments

Powered by Blogger.