Header Ads

"Tiba-Tiba Gedegang, TV Plasma Jatuh, Berderai Baii..Serpihan Berterabur." Anak Tetamu Terlalu Hyper Active Datang Rumah Jatuhkan TV Tuan Rumah Baru Beli Berharga RM3999..



Seorang wanita Qhalida Qaseh menceritakan pengalaman saudaranya yang menerima kunjungan sebuah keluarga yang mempunyai anak yang sangat hyper.

Ade keluarga bertandang kat rumah sedara aku. Anak dia hyper gila mak dia pulak marah-marah macam tu jer, takde nak tarik anak duk dengan dia diam2..


Berlari sana sini. Tiba-tiba gedegang!!!!!

TV PLASMA JATUH!!!!! Berderaiii baii…Serpihan berterabur.

Gambar sekadar hiasan

Terus sedara aku terpekik, tv tu dia beli 3999 baru dua bulan rasmi. Cuak budak-budak tu terus berdiri belakang mak dia, mak dia terkedu dah, pak dia angkat buntot terus keluar rumah, hareemmmm punya perangai.


Minta bayar RM2K je

Mak dia buat-buat marah lepas tu kata pergi kat ayah. Maaflah yee, suami tergesa-tergesa keluar saya kena ikut nanti kena tinggal.

Terus sedara aku keluar gi tarik laki dia, “Bang harga tv rm3999, bayar sekaranglah yee, saya kumpol 4 kali gaji, kalau tak bayar jangan balik, saya report polis dan cas datang ceroboh dan rosakkan harta benda.."

Terus laki dia diam, bincang dengan bini… 10 minit datang balik kat sedara aku mintak bayar 2 ribu jer..


Sedara aku berkeras kata NO.

Gadai handphone cukupkan RM3999

Last-last bini dia gadai hp dengan emas cukupkan RM3999. Petang tu jugak settle..

Konklusinya di sini, kadang-kadang kita nampak benda remeh tapi besar impaknya kalau anak-anak kita tak dididik dengan akhlak dan adab bertandang…

Jangan kata “ala, budak2 biasalah”. Kerana di situ menunjukkan anda gagal mendidik.

Beranak pandai didik tak tahu.

Sumber: Qhalida Qaseh

No comments

Powered by Blogger.