Header Ads

'Suami Ugut Ceraikan Isteri Jika Pergi Mengundi..' Wanita Pakistan Terpaksa Batalkan Tanggungjawab Untuk Pergi Mengundi Dalam Pilihan Raya Umum..



ISLAMABAD: Golongan wanita yang berikrar untuk mengundi buat pertama kali dalam Pilihan Raya Umum Pakistan, semalam gagal menunaikan tanggungjawab mereka kerana takut dengan ugutan suami masing-masing lapor Astro Awani.

Sebelum ini, pemimpin di perkampungan Mohri Pur terletak kira-kira 60 kilometer dari bandar Multan, wilayah Punjab melarang wanita membuang undi dan peraturan itu telah dipatuhi sejak beberapa dekad lalu.


Bagaimanapun, mereka nekad mahu melanggar peraturan itu susulan perubahan dalam undang-undang pilihan raya di negara itu.

Image result for Women vow to defy men who banned their vote in Pakistan

Kira-kira 3,200 wanita disenaraikan dalam daftar pemilih di Mohri Pur, namun tiada siapa keluar mengundi.


"Suami kami mengugut akan menceraikan kami jika membuang undi," kata Tanya Bibi, 25.

Related image

Difahamkan, kira-kira 8,000 penduduk lelaki mendaftar untuk mengundi pada kali ini.

"Wanita dilarang membuang undi dan ia adalah tradisi lama yang akan terus dipelihara," jelas Muhammad Shamsher.

No comments

Powered by Blogger.