Header Ads

Suami Isteri Tak Mengaku Salah Dera Dan Abaikan Rawatan Anak Usia 10 Tahun Hingga Meninggal Dunia..


KUANTAN: Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, atas dakwaan mengabaikan rawatan perubatan terhadap anak mereka yang berusia 10 tahun sehingga menyebabkan kematiannya.

Pengakuan Mohammad Zawani Mohammad Jasni,30, yang merupakan penjual kereta dan isterinya Azreen Junysar, 29, seorang suri rumah direkodkan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali. 


Kedua-dua mereka didakwa mengabaikan anak mereka Muhamad Luthakim Abdullah (gambar), 10, daripada mendapatkan rawatan perubatan yang sewajarnya sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal yang membawa kepada kematiannya. 

Bagi kesalahan itu, mereka yang beralamat di Kampung Rantau Panjang, Klang Selangor didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Pada prosiding itu, mereka merayu supaya jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin bagi setiap seorang tertuduh yang ditawarkan Timbalan Pendakwa Raya Farahah Mohd Nazari dapat dikurangkan.

"Saya mohon kalau boleh jaminan dikurangkan kerana saya ada seorang lagi anak untuk ditanggung. Gaji saya kira-kira RM2,000 sebulan manakala isteri tidak bekerja. Isteri sebelum ini hanya mengambil upah menjaga kanak-kanak dengan pendapatan sebanyak RM1,200 sebulan," katanya. 

Siti Aminah menetapkan jaminan setiap tertuduh pada jumlah RM15,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 27 Ogos depan untuk lantikan peguam. 


Pada 9 Julai lalu, media melaporkan kematian Muhammad Luthakim, pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Ching selepas ditemui tidak sedarkan diri di rumah keluarganya di Permatang Badak di sini, pada hari yang sama.

Image result for Mohammad Zawani Mohd Jasni,30,

Mangsa yang dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, disahkan meninggal dunia akibat pendarahan pada salur makanan kerana salur darah pecah disebabkan pukulan kuat selain terdapat kesan melecur pada kemaluan serta lebam di badan. - Bernama



No comments

Powered by Blogger.