Header Ads

Sotong Tukang Tilik Piala Dunia Akhirnya Jadi 'Lauk' Selepas Membuat Ramalan 100 Peratus Tepat..


TOKYO: Sotong tukang tilik yang meramalkan keputusan pasukan Jepun pada peringkat kumpulan ketika Piala Dunia telah bertukar menjadi 'makanan laut'.

Rabiot, spesies sotong gergasi Pasifik yang ditangkap di Obira, Hokkaido meraih populariti selepas ia menjadi haiwan terbaharu yang mempunyai 'kuasa ramalan' ketika pasukan Jepun menentang Colombia, Poland dan Senegal.


Ia mengikut jejak langkah peramal terdahulu daripada spesies sama digelar Paul the Octopus yang pernah menjadi bintang ketika Piala Dunia 2010.

Sotong kurita tersebut diletakkan dalam tangki mengandungi tiga bakul mewakili, 'menang', 'kalah' atau 'seri'.


Walaupun Rabiot berjaya membuat ramalan 100 peratus tepat, nelayan yang membelinya membuat keputusan untuk menjualnya di pasar sebelum peringkat kalah mati.

Susulan itu, pengguna media sosial mendakwa kematian Rabiot sebagai punca kekalahan Jepun di tangan Belgium dengan 3-2, sekali gus menyebabkan pasukan itu tersingkir daripada Piala Dunia, semalam. - Agensi

No comments

Powered by Blogger.