Header Ads

Sayu, Gerai Burger Usang Jadi Tempat Berteduh Ibu Yang Sedang Hamil Bersama Anak Lelaki Usia 7 Tahun Selama 2 Bulan..



MELAKA: Pihak berkuasa menemui seorang ibu dan anak lelakinya yang berusia tujuh tahun, tidur di sebuah gerai burger usang.

Difahamkan mereka tidur dan menjadikannya sebagai 'rumah' di dalam ruang kecil itu selama dua bulan.


'Kediaman' mereka itu terletak di Balai Panjang di sini.

Kanak-kanak itu disedari pasukan The Star semasa melakukan tugasan di kawasan itu, sebelum memaklumkan perkara tersebut kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang, Allex Seah.

Dia kemudian dibawa oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan ditempatkan di sebuah rumah.


Budak lelaki itu dari keluarga yang bercerai, tinggal bersama ibunya yang berusia 33 tahun. 

Bapanya disabitkan kesalahan mencuri tiga tahun lalu.

Kanak-kanak tersebut yang tidak bersekolah, mempunyai empat lagi adik-beradik yang ketika ini ditempatkan di rumah perlindungan di bawah JKM.


Pegawai penguat kuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Melaka yang turut serta dalam kunjungan Seah, mendapati ibu kanak-kanak itu positif dadah.

AADK kemudian membawa wanita berkenaan yang mengandung tujuh bulan, untuk pemulihan.



No comments

Powered by Blogger.