Header Ads

'Saya Terdengar Bayi Menangis, Ibunya Maut Di Bawah Papan.' Bayi 'Ajaib' Terkeluar Dari Rahim Ibu Selepas Perut Ibu Koyak Akibat Impak Dalam Kemalangan..



SEORANG bayi terselamat selepas terkeluar dari rahim ibunya yang koyak akibat impak kemalangan jalan raya mengerikan.

Ibu bayi tersebut merupakan seorang penumpang dalam sebuah trak membawa muatan papan kayu yang terlibat kemalangan dekat Cajati, tenggara Brazil.

Apabila trak itu terbalik, mangsa tercampak keluar sebelum dilanggar sebuah trak lain dia atas jalan raya mengakibatkan perutnya koyak.


Pasukan kecemasan menjumpai mayat wanita hamil itu di bawah timbunan papan kayu di atas jalan raya.

Mereka bagaimanapun dikejutkan dengan bunyi tangisan bayi yang ditemui terbaring di atas rumput beberapa meter dari lokasi insiden.

Bayi itu yang tali pusatnya terputus impak daripada kemalangan itu dilaporkan sihat dan tidak mengalami sebarang kesan calar.

Bayi tersebut ditemui terbaring di atas rumput.

Dia kini sedang dirawat di sebuah hospital dekat daerah Pariquera-Acu.

Polis sedang berusaha mengenal pasti identiti ibu bayi tersebut yang didapati hamil 39 minggu dengan tiada dokumen pengenalan diri ditemui.

"Ia adalah kemalangan ngeri dengan seorang dilaporkan maut.


"Apabila saya tiba di sana, saya lihat pemandu trak cedera parah.

"Saya kemudian menjumpai mayat wanita di bawah timbunan papan kayu sebelum terdengar bunyi tangisan bayi.


Image result for Bayi 'ajaib' terkeluar dari rahim ibu impak kemalangan

"Saya amat terkejut kerana bayi itu tidak mengalami sebarang kecederaan," kata jurucakap paramedik, Elton Fernando Barbosa.


Dia menjumpai bayi tersebut beberapa meter dari ibunya dan segera menghubungi ambulans supaya membawanya ke hospital.


"Bayi itu terkeluar dari rahim ibunya akibat kemalangan tersebut. Impak kemalangan itu amat serius sehingga bayi itu terkeluar sendiri dari rahim ibunya.

"Dia (bayi) sempurna, sihat dan tiada kesan calar. Ia satu keajaiban dia selamat.

"Semuanya kuasa Tuhan. Saya tiada idea bagaimana bayi itu boleh keluar dengan selamat semasa kemalangan tersebut," katanya.


No comments

Powered by Blogger.