Header Ads

"Saya Pernah Hilang Anak, Giliran Saya Pula Bantu."- Sumbangan Bazli UNIC Buat Bapa Adam Rayqal..



SIMPATI dengan nasib keluarga Adam Rayqal yang kehilangan anak mereka dalam keadaan yang menyayat hati, penyanyi kumpulan UNIC, Bazli telah membantu mengutip derma buat ibu bapa bayi tersebut.

Kutipan derma yang dilakukan itu bagaimana pun telah disedari dan mendapat perhatian dari bapa Adam iaitu Mohd Sufi Naeif Mohd Pauzi.


Menerusi akaun Instagram (IG) Bazli UNIC, dia berkongsi paparan skrin yang menunjukkan Mohd Sufi menghantar mesej (DM) dan mengucapkan terima kasih di atas usaha dan prihatin penyanyi tersebut.

Menurut Bazli dia memahami bagaimana perasaannya kehilangan seorang anak dan dia juga telah dibantu dengan wang ringgit, kini gilirannya pula untuk membantu keluarga tersebut.

Kutipan yang dilakukannya sehingga semalam sudah mencecah RM2,829.30.

Bazli bakal melakukan satu pertemuan dengan Mohd Sufi tidak lama lagi bagi menyerahkan sumbangan tersebut.


Bagaimanapun tabung sumbangan itu masih lagi dibuka kepada sesiapa yang ingin menderma sehingga esok, 10 Julai.



Foto: IG Bazli UNIC
Sumber: Astro Awani


No comments

Powered by Blogger.