Header Ads

"Saya Percaya Dengan Meminum Cecair Dari Keranda Itu, Saya Berpeluang Masuk Ke Satu Dunia Gelap.” Penerbit Video Games Lancarkan Petisyen Untuk Minum Air Jus Busuk Dalam Keranda 2,000 Tahun Di Mesir..



PENEMUAN keranda purba yang diperbuat daripada batu granit hitam di Mesir tiga minggu lalu menimbulkan kegusaran pelbagai pihak mengenai kemungkinan ia berkait rapat dengan sumpahan yang menakutkan.

Related image

Image result for People want to drink the red liquid from a 4,000-year-old sarcophagus

Malah, ramai mencadangkan supaya ia tidak disentuh mahupun dipindahkan jika tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku.


Namun, pasukan yang menemui artifak purba itu tidak menghiraukan amaran dan bertindak membuka keranda berusia 2,000 tahun itu.

Ternyata, di dalamnya terdapat tiga tengkorak yang terendam dalam cecair berwarna merah perang, persis babak dalam filem seram dan baunya begitu busuk.

Image result for People want to drink the red liquid from a 4,000-year-old sarcophagus

Penemuan keranda berusia 2,000 tahun di Alexandria, Mesir, tiga minggu lalu.

Image result for People want to drink the red liquid from a 4,000-year-old sarcophagus

Image result for People want to drink the red liquid from a 4,000-year-old sarcophagus

Penemuan itu menarik perhatian ramai termasuklah seorang penerbit permainan video dari Guilford, Surrey yang melancarkan petisyen untuk merasai cecair dalam keranda itu.

Innes McKendrick, menerusi petisyen itu menyatakan dia perlu meminum cecair berkenaan bagi membuktikan jika ia benar-benar mempunyai kuasa ajaib.


Malah, dia tidak bersendirian apabila terdapat 87 lagi individu lain turut menandatangani petisyen itu.

Sejak dimuat naik ke Twitter, posting mengenai petisyen itu sudah diulang kicau lebih 2,000 kali dan menerima 6,000 tanda suka.

Petisyen yang dimulakan Innes untuk merasai jus keranda itu turut mendapat sokongan ramai.

Menjawab soalan pengikut Twitter, Innes berkata cecair dalam kerana itu tidak sepatutnya dibazirkan.

"Penemuan keranda hitam di Alexandria, Mesir itu menarik perhatian dunia.


"Saya percaya dengan meminum cecair dari keranda itu, saya berpeluang masuk ke satu dunia gelap.

"Saya juga gembira kerana ramai yang menyokong petisyen saya dan berkongsi misi sama, " ujar Innes. - Metro.UK


No comments

Powered by Blogger.