Header Ads

Sanggup Sembunyi Dalam Mesin Pengering Demi Larikan Diri Dari Polis..



SEORANG suspek sanggup merangkak masuk ke dalam mesin pengering untuk menyorok demi melarikan diri daripada polis.

Jabatan Polis Spokane di Washington menaikkan gambar menggelikan hati di laman Facebook mereka menunjukkan suspek mengintai keluar dari mesin berkenaan.


Gambar diambil daripada rakaman kamera badan itu menunjukkan suspek berjaya memanjat masuk ke dalam mesin pengering yang diletakkan di atas mesin basuh.

Polis tiba di lokasi itu selepas menerima aduan bahawa suspek - pesalah keganasan rumah tangga - mungkin kembali ke rumah mangsanya dan mengingkari arahan melarangnya ke situ.


Suspek lari ke dalam bangunan apartmen berkenaan sebaik melihat polis dan enggan keluar sebelum dikesan anjing bernama Murphy seterusnya menyebabkannya ditahan. Tiada sesiapa cedera dalam kejadian itu.

Gambar itu menjadi bahan jenaka pengguna Internet termasuk yang bergurau bahawa suspek bakal ‘dicuci’ .


Seorang pengguna Internet berkata: “Sekurang-kurangnya dia tidak akan rasa lemas dalam lokap nanti.”

No comments

Powered by Blogger.