Header Ads

"Sakitnya Seperti Dicucuk Jarum.” Wanita Tidak Menyangka Sakit Telinga Yang Dialaminya Selama 2 Hari Disebabkan Gegendang Telinga Digigit



HONG KONG: Siapa sangka, kesakitan dalam telinga yang dialami seorang wanita berpunca daripada seekor lipas.

Image result for Cockroach chewed hole in woman's eardrum while ..

Lebih memeritkan apabila serangga itu mengigit gegendang telinga wanita berusia 20 tahun itu.


Seorang doktor di Hospital Renkang, Dongguan, wilayah Guangdong berjaya mengeluarkan serangga itu ketika wanita berkenaan sedang tidur, demikikan lapor Guangzhou Daily.

"Sakitnya seperti ada jarum dicucuk dalam telinga saya ketika itu dan saya memang tidak menjangka ia berpunca daripada seekor lipas.


Image result for Cockroach chewed hole in woman's eardrum while ..

"Mulanya saya jangka kesakitan yang dirasai itu kerana luka selepas saya membersihkan telinga menggunakan penggorek telinga," katanya.


Bagaimanapun, apabila mengetahui kesakitan itu kerana adanya serangga, wanita berkenaan menitiskan minyak ke dalam telinganya.

"Ia berhenti bergerak dan saya meneruskan kegiatan harian seperti biasa sebelum ke hospital selepas dua hari," katanya.


Doktor yang memeriksa telinga wanita itu mendapati adanya lubang kecil pada gegendang telinganya hingga mengakibatkan berlakunya pendarahan serius.

No comments

Powered by Blogger.