Header Ads

“Sabar Dan Terima Ujian Allah. Jangan Putus Asa. Sangka Baik Pada Rahmat Allah.”Tok Ti Menitiskan Air Mata Di Hadapan Ustaz Ebit Lew Ketika Bercerita Tentang Siti Aafiyah..



PENYANYI popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak dapat menahan sebak sehingga menitiskan air mata ketika bercerita mengenai impiannya untuk mendapatkan cahaya mata ketika ditemubual pendakwah agama terkenal, Ebit Lew dalam satu program TV.

Menerusi perkongsian Ebit di akaun Instagramnya, @ebitlew, menyatakan penyanyi diminati ramai itu menangis ketika naik ke pentas untuk berkongsi pengalaman mempunyai anak.


"Ya Allah siapa sangkakan... dengar saat kemuncak rasa lemah dan kuat. Usaha dan doa yang dilakukan @ctdk. Terasa dalam kata-katanya kerana diungkap dari hati yang ikhlas.. Allahu..," katanya.


Dalam program tersebut, Ebit menyatakan dia juga terharu mendengar cerita yang disampaikan Siti kepada penonton.

"Ya Allah saya betul-betul terharu bila cara Siti cerita tentang kesabaran dan terima ujian Allah. Jangan putus asa. Sangka baik pada rahmat Allah.

"Bila saya tanya harapannya pada anaknya.. beliau ingin anaknya menjadi anak yang mendoakan ibu ayah. Anak yang memberi manfaat buat manusia dan hafizah Al-Quran," katanya.

Apa yang menarik perhatian, Ebit menyatakan dari mula sehingga habis program, bukan hanya mereka menangis tapi penonton di studio juga sebak berkongsi perasaan.

"Beliau memang sangat rendah diri. Dan sangat baik orangnya. Bahasanya memang sangat lembut. Katanya ustaz tolong pimpin dan betulkan kalau saya salah. Sangat rendah diri.

"Semoga Allah terus beri kesihatan buat Tokti bersama suami anak dan semua ahli keluarga. Bahagia sampai syurga. Semoga Siti Aafiyah jadi anak solehah dan hafizah AlQuran yang bertakwa," katanya.


Siti bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dikurniakan cahaya mata bernama Siti Aafiyah pada 19 Mac lalu. 

VIDEO:

Sebak hari ini. Sepanjang di pentas Datuk Siti Nurhaliza @ctdk menangis cerita tentang perjalanan mendapat anak dalam program 'A Bit With Ebit' tvalhijrah ..ya Allah siapa sangkakan...dengar saat kemuncak rasa lemah dan kuat. Usaha dan doa yang dilakukan @ctdk. Terasa dalam kata-katanya kerana diungkap dari hati yang ikhlas..Allahu.. Dari naik pentas beliau menangis cerita bagaimana impiannya dan proses perjalanan dan tepat masanya Allah anugerahkan Siti Aafiyah. Ya Allah saya betul-betul terharu bila cara siti cerita tentang kesabaran dan terima ujian Allah. Jangan putus asa. Sangka baik pada rahmat Allah.. Bila saya tanya harapannya pada anaknya..beliau ingin anaknya menjadi anak yang mendoakan ibuayah. Anak yang memberi manfaat buat manusia dan hafizah Al-Quran.. Kan..betapa hati seorang ibu...dari mula sampai habis kami cuma menangis di pentas. Semua hadirin menangis bersama-sama.. Jika arwah mak saya ada mesti happy sebab selalu doakan TokTi..tadi bidadari saya sempat jumpa. Kata Tokti best sangat makan dekat ParamountCoffeeHouse. Sempat hadiahkan buku isterikuBidadari dalam live rakaman tadi..teringin orang baik sepertinya memiliki buku ini.. Beliau memang sangat rendah diri. Dan sangat baik orangnya. Bahasanya memang sangat lembut. Katanya ustaz tolong pimpin dan betulkan kalau saya salah. Sangat rendah diri. Semoga Allah terus beri kesihatan buat Tokti bersama suami anak dan semua ahli keluarga. Bahagia sampai syurga. Semoga Siti Aafiyah jadi anak solehah dan hafizah AlQuran yang bertakwa. Saya bila tengok 'A Bit With Ebit'. Menangis lak..cuma teringat mak saya selalu menangis bila saya sedih dan peluk saya bila orang marah atau halau masa berdakwah..tu jer..ya Allah terimalah program ini jadi asbab hidayah. Pohon doa semua yer tayangan ogos 2018. Bawa pasangan,keluarga semua menonton. Keluargasunnah.-ebitlew @ctdk @rozisangdewi @paramountcoffeehouse @tvalhijrah114 @wasirilaswad #aBitWithEbit #TqtvAlhijrah #tqAlFatehJunior #tqKeluargaSunnah #keluargaSunnah29september2018 @matradeKl #abitwithebit
A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on


No comments

Powered by Blogger.