Header Ads

Pendaki Gunung Temui Mayat Anggota Tentera Beku Yang Telah Hilang Dalam Nahas Pesawat 50 Tahun Dahulu Di Banjaran Himalaya..


SHIMLA: Mayat seorang anggota tentera India yang beku ditemui di sekitar kawasan glasier di banjaran Himalaya ketika sekumpulan pendaki gunung melalui kawasan berkenaan, iaitu 50 tahun selepas sepasukan lebih 100 anggota keselamatan terbunuh dalam nahas pesawat.

Related image

Image result for Mountaineering team stumbles upon 50-year-old wreckage of IAF

Image result for Mountaineering team stumbles upon 50-year-old wreckage of IAF

Pasukan mendaki itu turut menjumpai beberapa cebisan bangkai pesawat Antonov An-12 buatan Kesatuan Soviet milik Tentera Udara India yang terhempas pada Februari 1968.


"Kami terjumpa tangan dari mayat manusia yang terjuntai keluar dari ais. Bahagian tubuh lain dapat dilihat di dalam bongkah ais itu," kata Ketua Ekspedisi, Rajiv Rawat kepada AFP.

Pasukan tentera yang dihubungi kemudiannya melancarkan operasi mengeluarkan mayat berkenaan.

Mayat anggota terbabit ditemui pada ketinggian 5,500 meter di banjaran Himalaya dan merupakan yang kelima ditemui dari nahas berkenaan selepas beberapa siri pencarian gagal memberikan hasil sejak berpuluh tahun lalu.


Mayat terakhir ditemui dan dikenal pasti sebelum ini adalah pada tahun 2013.

Pesawat pengangkut yang menuju ke Kashmir ketika itu gagal mendarat berikutan cuaca buruk lalu mengorbankan 102 nyawa, termasuk 98 anggota tentera. - AFP



No comments

Powered by Blogger.