Header Ads

'Nombor Plat 'MALAYSIA 1' Jadi Rebutan, Dibuka Untuk Bidaan Pada 1 Ogos Ini.'JPJ



Ramai yang tidak sabar menantikan siri nombor pendaftaran khas ‘Malaysia’ dan ia pastinya menjadi rebutan apabila ia mula diperkenalkan pada Rabu.

Ini termasuk Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook yang akan membuat bidaan satu nombor istimewa ‘Malaysia’ pada hari pembukaannya.

Image result for Nombor plat MALAYSIA bakal jadi rebutan, menteri sahkan mahu bida

Loke ketika dihubungi mStar Online mengesahkan beliau akan membuat satu bidaan nombor istimewa ‘Malaysia’ di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Seremban.


“Ya, itu sebagai gimiklah. Ia adalah simbolik kepada nombor pendaftaran ‘Malaysia’ yang akan diperkenalkan esok. Saya akan bida satu nombor,” katanya. 

Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban bagaimanapun enggan mendedahkan nombor pendaftaran ‘Malaysia’ yang akan dibida beliau.

“Nanti saya beritahu esok. Rahsia, tunggu esok,” katanya secara ringkas.

Image result for nombor plat malaysia 1

Beliau turut akan menjelaskan mengenai tujuan nombor pendaftaran yang akan dibida itu pada satu majlis di JPJ Seremban pada Rabu.

Ditanya adakah nombor pendaftaran ‘Malaysia 2020’ yang akan ditawarkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut dimaklumkan pada Rabu, beliau berkata: “Tunggu esok.”

Loke sebelum ini berkata, selaras dengan ilham Wawasan 2020 yang diperkenalkan Dr Mahathir sewaktu menjadi perdana menteri keempat, kementeriannya berhasrat untuk memberi nombor pendaftaran Malaysia 2020 kepada beliau. 


JPJ akan membuka bidaan bagi nombor pendaftaran istimewa ‘Malaysia’ sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini bermula 1 Ogos hingga 15 Ogos ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, bidaan nombor pendaftaran Malaysia 1 hingga 9999 kecuali Malaysia 2020 akan dibuka kepada orang awam secara tawaran di JPJ negeri seluruh negara.

Jelasnya, hanya nombor pendaftaran ‘Malaysia 2020’ disimpan dan tidak dibuka untuk bidaan.


“Orang ramai boleh membuat bidaan bermula pukul 10 pagi pada 1 Ogos ini hingga 12 tengah hari pada 15 Ogos ini sebelum keputusan pemenang tender diumumkan pada 29 Ogos ini.

“Harga minima bagi kategori nombor-nombor bernilai utama iaitu daripada 1 hingga 10 adalah RM10,000, kategori nombor-nombor menarik bermula RM2,000 manakala bagi nombor popular dan nombor biasa pula bermula dengan harga RM300," kata Shaharuddin.

No comments

Powered by Blogger.