Header Ads

Ngeri! Rahim Dan Usus Wanita Ini Terkeluar Selepas Terjatuh Dari Jet Ski..



SEORANG ibu mengalami kecederaan ngeri apabila terjatuh dari jet ski ketika bercuti, sambil anaknya hanya dapat melihat kejadian itu dari tepi pantai.

Tekanan akibat terjatuh dalam air pada kelajuan jet ski 20km/jam menyebabkan Ashleigh Donnelly, 31, terpelanting ke belakang dengan kecederaan teruk pada rahim, usus dan punggungnya.

Impak yang dialami sangat kuat yang mana Ashleigh menggambarkannya seperti dihempap konkrit dan ia menyebabkan luka yang teruk.


Suaminya, Joe Donnelly, 30, meletakkan tuala di atas badannya untuk menghalang anak lelaki mereka, Lee, yang berusia 14 tahun melihat kecederaan ibunya selepas penyelamat mengheret mangsa yang cedera ke pantai Marmaris, di Turki.

Ashleigh segera dibawa ke hospital di mana dia menjalani dua pembedahan kecemasan untuk menyambung bahagian belakang yang terkoyak dan memasang beg kolostomi.

Dia kini stabil dalam penjagaan rapi, tetapi perlu membayar kos hospital dan kos kecemasan penghantaran pulang £26,000 kerana insuransnya tidak bertanggungjawab terhadap kecederaan akibat sukan ekstrem.


Dalam satu kenyataan yang dikongsi dalam talian, Ashleigh, dari Northfleet, berkata: "Saya sedang menikmati percutian terbaik dan akan pulang ke rumah jadi saya memutuskan untuk naik jet ski, langkah yang buruk.

"Masa yang sangat panjang untuk pulih tapi saya masih hidup dan itulah yang paling penting.

"Anak-anak saya masih ada ibu dan suami saya masih mempunyai isterinya.


Adik perempuannya, Stacie Kelly, 30 berkata: "Ashleigh benar-benar dalam kesakitan. Dia hanya mahu pulang sekarang untuk anak-anaknya. Dia berada di belakang jet ski yang dipandu orang lain.

"Mereka meredah ombak dan pemandu hilang kawalan menyebabkan Ashleigh jatuh terpelanting ke belakang.

"Tekanan yang kuat menyebabkan usus, rahimnya dan punggungnya terkoyak. Ia dahsyat.

"Anak saudara saya terpaksa menyaksikan semuanya. Mereka menyeretnya ke laut dan meletakkannya di pantai.

"Suaminya menutupinya dengan tuala supaya Lee tidak melihat apa-apa. Dia tidak tahu apa-apa, dia fikir mungkin kaki isterinya cedera.

"Ini adalah kali pertama dia main jet ski. Saya tidak fikir dia akan melakukannya lagi. Hospital kata dia perlu dirawat bebrapa minggu lagi.

"Selagi fi tak dibayar, dia tak dibenarkan meninggalkan negara itu kerana selepas amaun tertentu, pasport akan diambil jadi kami sedang cuba mengumpul sumbangan.


"Perkhidmatan Kesihatan Nasional akan membantunya apabila dia pulang, jadi bantuan diperlukan untuk membawanya pulang."

Setakat ini derma hampir £5,000 berjaya dikumpul melalui GoFundMe, tetapi keluarga ini masih memerlukan £5,000 lagi untuk membawa pulang Ashleigh.

Keluarga itu dijangka pulang dari percutian seminggu mereka semalam, tetapi terpaksa menghantar Lee pulang seorang sementara Joe menemani Ashleigh di hospital. -MetroUK



No comments

Powered by Blogger.