Header Ads

Legenda Tinju Filipina Manny Pacquiao Berjaya Merampas Gelaran Juara Dunia WBA Yang Ke 60 Kali..


Legenda tinju Filipina Manny Pacquiao berjaya merampas gelaran juara dunia WBA dari penyandangnya, Lucas Matthysse.

Image result for Manny Pacquiao

Related image

Related image

Related image

Pacquiao, 39, menewaskan pencabarnya dari Australia apabila menamatkan pertarungan penuh mendebarkan yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada pusingan ketujuh.


Ia merupakan kemenangan ke-60 petinju Filipina itu.

Ketika ditanya sama ada beliau akan bertanding semula selepas ini, Pacquiao berkata beliau belum memikirkan mengenainya.

Image result for Manny Pacquiao

"Kami rancang ke arah itu tapi belum buat keputusan mengenainya. Buat masa ini fokus saya adalah untuk kembali ke Filipina dan berehat," katanya.


Pada masa sama, Senator Filipina itu turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia di atas sokongan mereka terhadapnya.

"Terima kasih Perdana Menteri Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad), kerajaan Malaysia dan juga keluarga diraja di atas segala sokongan yang diberikan," katanya.

Image result for Manny Pacquiao meet Tun Dr Mahathir

Image result for Manny Pacquiao meet Tun Dr Mahathir

Image result for Manny Pacquiao meet Tun Dr Mahathir

Image result for Manny Pacquiao meet Tun Dr Mahathir

Pacquiao turut berkata beliau teruja untuk meraikan kejayaan baharunya itu bersama dengan rakyat Filipina.


"Saya mahu meraikan kemenangan ini dengan seluruh rakyat Filipina. Terima kasih juga kepada Mr Presiden, Rodrigo Duterte," katanya.

No comments

Powered by Blogger.