Header Ads

‘Lebih 100 Telur Cacing Pita Ditemui Dalam Otak Budak 8 Tahun.’ Doktor Sahkan Jangkitan Cacing Pita Ini Ditemui Di Buah-Buahan, Sayur-Sayuran Dan Daging Kurang Masak..



SEKUMPULAN doktor di New Delhi mendapati otak budak perempuan berusia lapan tahun dijangkiti lebih 100 telur cacing pita.

Ibu bapa kanak-kanak itu menghantar anak mereka ke Hospital Fortis selepas dia mengalami sakit kepala yang teruk dan serangan epilepsi selama enam bulan.


Laporan media tempatan menyatakan kanak-kanak itu pada awalya didiagnosis dengan neurocysticercosis.

Imbasan menunjukkan kehadiran lebih daripada 100 cyst di dalam otaknya.

Telur cacing pita itu masuk ke otaknya melalui aliran darah dari perut. Telur-telur itu menyebabkan otaknya bengkak sehingga dia perlu berterusan mengambil steroid sehingga beratnya mencecah 44 pound.

"Imbasan otak menunjukkan lebih dari 100 titik putih, yang terbentuk disebabkan oleh telur cacing pita.

"Jangkitan seperti itu berlaku apabila kita secara tidak sengaja makan makanan yang dipenuhi cacing pita.


"Apabila telur mencapai otak melalui sistem saraf, ia menyebabkan neurocysticercosis, yang menunjukkan gejala sakit kepala teruk, kejang epilepsi dan kekeliruan," kata Pengarah Neurologi Hospital Fortis Dr. Praveen Guptamengikut kepada Times of India.

Doktor itu berkata, kanak-kanak itu hampir tidak sedarkan diri apabila dia dimasukkan ke hospital.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengiktiraf jangkitan cacing pita pada sistem saraf pusat sebagai punca utama epilepsi.

"Pencerobohan cacing otak berpunca daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan daging kurang masak yang dijangkiti oleh cacing pita," kata Dr. Gupta.


Dalam kes yang jarang berlaku, cacing pita boleh menyebabkan komplikasi serius seperti menyekat usus, atau saluran yang lebih kecil di dalam usus. Ia boleh bergerak lebih jauh dari perut ke bahagian badan lain, termasuk otak.

"Kami sama sekali tidak sangka bahawa anak perempuan kami yang sihat dan ceria boleh mendapat penyakit seperti ini, tetapi saya fikir kami sangat bertuah kerana sempat mendapatkan rawatan yang betul," kata bapa kanak-kanak ini.



No comments

Powered by Blogger.