Header Ads

“Kos Harga Sebungkus Ubat Tu Boleh Diibaratkan Membeli Telefon Bimbit.Kalau Tak Nak Pulangkan Balik Ke Hospital.” Wanita Terkilan Temui Ubat Yang Mahal Dibuang Ke Laut Oleh Individu..



AMBIL CARA BAIK, KEMBALIKAN CARA BAIK

Kisah semalam, terjumpa satu bungkusan ubat. Dicapai dan dibuka bungkusannya,masih elok. Di dalamnya ada enam papan. Nampak seperti tak terusik pun. Tarikh luputnya pada bulan Mei 2019.


"Hmmm..ubat mahal ni," omelku geram. 

Menurut Mr. G, kos bagi satu papan ubat tu lebih kurang setahun kos ubat darah tinggi dan berkemungkinan mahal lagi. Sebungkus ubat di dalam bungkusan tu boleh diibaratkan membeli telefon bimbit. 





Tetapi, cuba bersangka baik, mungkin tuannya tercicir dan bila dicari tak jumpa. Kemungkinan juga beliau dah meninggal dunia dan keluarganya dah buang ke laut supaya ikan-ikan dan penyu sihat walafiat. Dan kita pun makan ikan-ikan dan hidupan laut yang sihat itu. Yayyy!! Alasan lain juga mungkin tuan empunya ubat ni dah patah hati dan kecewa tak mahu makan ubat lagi dah.


Apapun alasannya, kenapa la tak dipulangkan saja ke hospital? Dah rasa tak perlu, pulangkan. Mungkin ada yang lebih memerlukan. Bukan ikan.


Sumber: Marie Mylite

No comments

Powered by Blogger.