Header Ads

'Kanak-Kanak Itu Melambung Hingga 20 Kaki Ke Udara.' Gelongsor Angin Meletup, Kanak-Kanak Usia 4 Tahun Maut Jatuh Terpelanting Di Udara..



SEORANG kanak-kanak perempuan maut apabila dia melambung 20 kaki ke udara setelah sebuah gelongsor angin meletup di pantai Gorleston, Norkfolk.

Related image

Saksi menyatakan terdengar letupan kuat sebelum melihat mangsa melabung tinggi.


Sejurus kejadian, pasukan perubatan berusaha menyelamatkannya dengan bantuan pernafasan CPR.

Dia yang dipercayai berumur kurang empat tahun itu dibawa ke Hospital James Paget sebelum disahkan meninggal dunia.



Related image

Image result for Girl dies after being thrown from a bouncy castle 'when it exploded

Seorang lagi saksi di tempat kejadian berkata, insiden itu dianggap sebagai yang terburuk pernah disaksikannya.

"Ia meletup dan budak itu melambung ke udara. Tolong jangan benarkan anak-anak anda bermain gelongsor angin. Sangat sedih apabila dia meninggal dunia," ujarnya.


Sementara itu, pemilik gelongsor angin tersebut, Curt Johnson yang tidak berada di tempat kejadian berkata, ia berkemungkinan meletup kerana suhu panas.

"Ia sangat menyedihkan. Sudah bertahun saya mengusahakan permainan ini.


"Ini merupakan kejdian pertama dan ia sangat mengejutkan,' katanya.

Related image


No comments

Powered by Blogger.