Header Ads

“Isteri Saya Sering Mencemuh Dan Menghina Messi..” Suami Tekad Cerai Isteri Yang Dikahwini Selama 16 Tahun Gara-Gara Kutuk Messi..



MOSCOW: Sepasang suami isteri dari Rusia dikatakan bercerai gara-gara pemain bola sepak kegemaran mereka.

Cinta antara Arsen dan Lyudmila mula berputik ketika mereka menonton Piala Dunia 2002. Kedua-duanya merasakan mereka saling melengkapi, lalu memutuskan untuk berumahtangga.


Arsen merupakan peminat Lionel Messi dari pasukan sepak bola Argentina, manakala Lyudmila pula peminat setia Cristiano Ronaldo, dari Portugal.

Selama 16 tahun, pernikahan pasangan ini bahagia. Namun kini, ketika Piala Dunia 2018 berlangsung, Arsen memutuskan untuk menceraikan isterinya. Apa sebenarnya yang terjadi?

Menurut Arsen, mahligai yang dibina hancur gara-gara isterinya sering mengejek idolanya.


Hubungan suami isteri tersebut semakin tegang selepas kemenangan Argentina menentang Nigeria.

Tindakan Arsen meraikan kemenangan pasukan kegemarannya menaikkan kemarahan isterinya.

Lyudmila bertegas bahawa bintang Portugal, Ronaldo, jauh lebih hebat berbanding Messi.

Berang dengan kata-kata isterinya, Arsen mengemas pakaiannya lalu meninggalkan rumah.


Arsen memberitahu media tempatan, DunArgumenti i Fakty, isterinya sering mencemuh dan menghina Messi.

"Sejak awal Piala Dunia, beliau tidak berhenti mencemuh Messi dan berkata Messi tidak mampu menyempurnakan tendangan penalti dalam perlawanan menentang Iceland," kata Arsen.

Menurut Daily Mail, Arsen memfailkan permohonan cerai sehari selepas meninggalkan Lyudmila.

Sumber: Dailymail

No comments

Powered by Blogger.