Header Ads

“Ibu Insan Terpilih Untuk Pemujaan.” Tiga Beradik Tergamak Cungkil Mata, Kerat Usus, Serta Mandi Dengan Darah Ibu Sendiri..



TIGA beradik di Peru di Amerika Selatan membunuh ibu mereka selepas satu upacara pemujaan pada Ahad malam lalu, dakwa polis.

Image result for Three siblings sacrifice their mother in Satanic ritual in Peru

Pembunuhan itu dibuat selepas mereka mencungkil mata dan memotong usus warga emas itu.

Mayat Teodora Quispe Ccayllahua, 75, ditemui polis selepas salah seorang daripada mendakwa telah 'diarahkan' untuk membunuh mangsa.


Ketiga-tiga beradik itu turut dituduh membuang mayat ibu mereka di kolam, dan mandi menggunakan darah mangsa.

Image result for Teodora Quispe Ccayllahua, 75

Anak bongsu didakwa didakwa memberitahu penyiasat bahawa dia mengalami mimpi yang menyatakan ibu mereka "dipilih" sebagai korban, dan meyakinkan dua beradik lain untuk membunuh mangsa.


Mayat Ccayllahua ditemui di dalam rumahnya di kawasan pergunungan di Andabamba, utara Peru.

Bagaimanapun, sebahagian organnya dilaporkan hilang.

Image result for Teodora Quispe Ccayllahua, 75

Ketiga-tiga anak mangsa, Aurelia Quispe, 38, Percy Quispe, 41 and Marcelina Suane, 46, kemudian ditahan polis dan didakwa membuat pendedahan berhubung pembunuhan itu.


Menurut polis, adik-beradik itu bersubahat untuk membunuh ibu mereka pada Ahad malam dalam satu upacara yang mengerikan, di mana seorang insan yang disayangi perlu dikorbankan. - Mirror UK

No comments

Powered by Blogger.