Header Ads

"Helloo Buka La Biji Mata Tu Sikit! Dalam Tak Ada Duit Dan Macam-Macam Alasan Lagi, Lihat Siapa Di Piala Dunia. Ada Dengar Sampai Sanggup Gadai Barang Kemas Untuk Membantu Bekas PM Kita.” –Chef Wan..



Tindakan segelintir individu yang sanggup mendermakan barang kemas mereka untuk Tabung Solidariti Bebaskan Najib baru-baru ini mendapat perhatian chef terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan.

Dalam posting terbaharunya di Instagram, beliau yang memuat naik gambar anak bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Mohd Nazifuddin menyaksikan Piala Dunia di Moscow, Rusia, seolah-olah mempersoalkan kewajaran rakyat Malaysia berbuat demikian.


Dengan perkongsian gambar tersebut, beliau menggesa rakyat Malaysia supaya 'buka mata' terhadap individu yang mereka bantu.

"Helloo buka la biji mata tu sikit! Dalam tak ada duit dan macam-macam alasan lagi, lihat siapa di Piala Dunia. Ada dengar sampai sanggup gadai barang kemas untuk membantu bekas PM kita.

"Kenapa tak jual rumah mereka terus dan tambahkan lagi? Mereka lupa ke dengan barang kemas banyak yang tak terpakai boleh pula nak tambah lagi Lubnan?

"Keluarga sama jugalah yang suruh kita cekek kangkong, beli tiga macam kuih dan beli dua baju raya ke nak kena berjimat konon ketika mereka menikmati kehidupan mewah," katanya.


Chef Wan dalam postingnya itu menyatakan pandangannya bahawa orang ramai sepatutnya menderma bagi mengurangkan beban hutang negara dan membantu golongan yang lebih memerlukan.

"Ini tak orang yang berbakul berbakul simpan barang kemas dan duit seumpama sampah dalam bilik tu pula yang kita nak selamatkan.

Posting terbaharu Chef Wan di Instagramnya turut mendapat perhatian netizen.

Pada masa sama beliau turut mengingatkan rakyat Malaysia bahawa hak memilik kerajaan terletak di tangan rakyat di sebuah negara demokrasi.

"Sememangnya tidak semua kita termakan budi sampaikan ahli politik menyalahgunakan kedudukan mereka, kita masih perlu menutup sebelah mata dan hidup dalam penafian.

"Jangan lupa setiap ahli politik berkhidmat di negara ini pun mempunyai faedah istimewa dan kemewahan dalam hidup. Bukanlah mereka ini berkorban untuk kita dan hidup mereka ini merempat pun.

"Janganlah bangkitkan isu konon hanya kerana hari ini kita tidak menyokong mereka-mereka ini membuta tuli, tidak seperti segelintir pihak tiba-tiba kita dilabel manusia yang kenang jasalah pula!.


"Jadi apa maksud itu. Mereka tidak boleh disentuh?," soalnya.

Chef Wan turut memberi amaran kepada kerajaan Pakatan Harapan bahawa mereka akan mengalami nasib sama seperti parti Umno jika tidak berkhidmat dengan baik dan jujur.

"Pada pilihan raya akan datang walaupun dalam Pakatan jika ada menteri yang tak boleh perform, maka mereka juga perlu letak jawatan!

"Saya tak peduli parti mana pun mewakili negara selagi kita mempunyai pemimpin yang baik dan jujur untuk memimpin kita tanpa apa bangsa sekali pun!

"Kita semua rakyat Malaysia dan mempunyai hak perlembagaan kita. Hari ini tidak membentuk Malaysia baharu. Alhamdulillah," katanya.


Awal bulan ini, Tabung Solidariti Bebaskan Najib diwujudkan Umno bagi melangsaikan baki wang jaminan RM500,000 yang ditetapkan Mahkamah Tinggi terhadap bekas perdana menteri itu.

Malah, Ketua Wanita Umno Bahagian Jasin, Datuk Zaleha Bujang turut menyerahkan seutas gelang emas miliknya untuk didermakan kepada tabung itu.

Zaleha berkata dia mengambil pendekatan itu bagi mengikut jejak langkah kumpulan wanita zaman dahulu yang sanggup mendermakan barang kemas mereka dalam usaha menuntut kemerdekaan negara.

Najib menghadapi tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgunakan jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Sumber: Chef Wan IG & mStar
Dalam tak ada duit dan mcm2 alasan lagi look who is at the world cup. Di taja ke its not our business. Tapi bapak tu berlakun mcm satu family dia kerajaan menyusah kan pulak. Penyokong boleh kan raised fund to help him. Ada dengar sampai sanggup gadai barang kemas untuk membantu our X PM. Kenapa tak jual rumah mereka terus dan tambah kan lagi? Mereka lupa ke with tons of jewelleries yg tak terpakai boleh pula nak tambah lagi dari Lebanon? The same family juga la yg suruh kita cekek kangkong, beli 3 mcm Kueh dan beli 2 baju Raya ke nak kena berjimat konon when they enjoyed such luxurious life. Helloo buka la biji mata tu sikit! Negara banyak menangung hutang sepatutnya kita menderma mengurang kan beban negara at the same time juga membantu mereka yg susah secara tidak langsung. Ini tak org yg berbakul berbakul simpan barang kemas dan duit seumpama sampah dalam bilik tu pulak yg kita nak selamat kan. Masuk akal ke semua perbuatan yg " Mulia" ini? Dah la itu boleh lagi marah rakyat tak setia pada Umno dan belot etc. Sejak bila kita janji pemerintah ni semua yg mereka ini bila kerkuasa sign mati merintah negara ini pulak? Hak memilih always jatuh pada rakyat itu sendiri di dalam negara yg ber democracy pun. Naturally not all of us termakan budi sampai kan politicians abused their position we still need to close one eye and lived in denial. Lets not forget setiap politicians that is in service in this country pun have their own perks and luxury in life. Bukan la mereka ini berkorban untuk kita dan hidup mereka ni merempat pun. Eeee jgn la bangkit kan issue konon just because hari ini kita tidak menyokong mereka2 ini membuta tuli unlike some tiba2 kita di label manusia yg kenang jasa la pulak! So what does that mean. They are untouchable? In the next election even in the Pakatan pun jika ada Menteri yg tak boleh perform then they too have to step down! I dont care which party represent this country pun as long we have good and honest leaders to lead us regardless of apa bangsa pun! We are all Malaysian and have our constitutional rights. Today we have formed our new Malaysia. Alhamdulilah.
A post shared by chef wan (@_chefwan58) on

No comments

Powered by Blogger.