Header Ads

Gara-Gara Lewat Hadir Ke Akiviti Kurikulum Di Sekolah, Pelajar Dihukum Lompat Tinggung 120 Kali Hingga Alami Lumpuh..


Jakarta: Seorang pelajar sebuah sekolah tinggi di Mojokerto, Jawa Barat dilaporkan lumpuh selepas didenda membuat lompat tinggung sebanyak 120 kali, sebagai hukuman kerana lewat tiba bagi mengikuti aktiviti kurikulum.

Tribunnews.com melaporkan, Mas Hanum Dwi Aprillia kini terlantar di sebuah kemudahan rawatan tradisional tempatan.


Mas Hanum dan seorang rakannya dilaporkan tiba lewat bagi mengikuti acara anjuran kumpulan pengajian Islam sekolah, minggu lalu.

Guru sekolah asrama, Al-Ghoits Islamic, Gus M Rofiq Afandi mendakwa pada asalnya, pelajar yang tiba lewat bagi mengikuti sesi itu didenda membaca al Quran, tetapi ia kemudian ditukar kepada melakukan lompat tinggung.

Kedua-duanya diarah melakukan lompat tinggung 60 kali setiap seorang oleh pelajar senior.


“Mas Hanum berjaya menghabiskan lompat tinggung selama 60 kali itu, tetapi oleh kerana rakannya tidak dapat melaksanakan hukuman itu, dia terpaksa membuat 60 kali lagi, menjadikan keseluruhan kepada 120 kali.

Image result for Mas Hanum Dwi Aprilia

“Namun, Mas Hanum hanya berjaya membuat 90 kali lompat tinggung, kerana tidak berdaya lagi untuk berbuat demikian,” kata Gus M Rofiq.

Bagaimanapun, pada awalnya Mas Hanum dipercayai mampu berjalan, sebelum duduk di atas lantai sambil berlunjur.


“Ketika cuba bangun, Mas Hanum tiba-tiba berkata, kakinya terasa berat. Beberapa hari kemudian, kaki dan bahagian bawah badannya mula berasa sakit,” lapor tribunnews.com.

Sementara itu, pakar terapi di pusat rawatan itu H. Umar Said memberitahu, Mas Hanum datang menjalani rawatan pada tengah hari Rabu lalu.

“Kami menjangkakan dia mungkin mengambil masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya,” katanya.

No comments

Powered by Blogger.