Header Ads

Gara-Gara Digigit Kutu Dikepala, Kanak-Kanak Ini Tiba-Tiba Lumpuh Dan Tidak Boleh Bercakap Selepas Bangun Tidur..


Seorang kanak-kanak perempuan mengejutkan seluruh keluarga kerana tiba-tiba dia tidak boleh bercakap selepas bangun tidur. Bukan itu sahaja, malah kanak-kanak yang bernama Kailyn ini juga tidak dapat berjalan.


Jessica Griffin iaitu ibu kepada Kailyn, telah menjumpai seekor kutu yang sudah kenyang terlekat di bahagian kulit kepala anaknya.



Menyedari ada sesuatu yang tidak kena, mereka terus mengejarkan Kailyn ke hospital. Selepas melakukan pemeriksaan, doktor mengesahkan bahawa keadaan Kailyn tersebut adalah disebabkan oleh kandungan toksin ‘neurotoksin’ yang telah menyerang sistem tubuh badannya.


Toksin yang telah menyerap ke dalam badannya sebenarnya berpunca daripada air liur kutu berkenaan. Disebabkan inilah, Kailyn mengalami lumpuh dan tidak mampu bercakap dalam masa yang singkat.

Selain itu, doktor juga menyatakan bahawa kutu anjing merupakan antara parasit yang menyebabkan gejala seperti ini. Jangkitan parasit ini menyebabkan kesan seperti ruam dan selesema yang boleh merebak hingga ke sendi dan sistem saraf jika tidak dirawat dengan cepat.


No comments

Powered by Blogger.