Header Ads

'Ditangkap Selepas Gunting Rambut.' Akhirnya Jamal Yunos Berjaya Di Tangkap Oleh POLRI Di Jakarta, Indonesia..



KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos, yang ditahan petang semalam, kini masih disiasat Polis Indonesia (POLRI) di Jakarta, Indonesia, sebelum proses ekstradisi dijalankan lapor Berita Harian.

Pada masa ini, proses siasatan lanjut terhadap Jamal sedang dilakukan Unit Biro Pusat Nasional (NCB), Polis Antarabangsa Indonesia (INTERPOL) di pejabat Sekretariat NCB, Jalan Trunojoyo, Jakarta Selatan, Jakarta.


Difahamkan, pada masa ini, pihak Interpol Indonesia sedang mendapatkan butiran lanjut daripada Jamal yang ditahan petang kelmarin di Tebet, Jakarta Selatan, berhubung cara kemasukannya ke Indonesia dari Malaysia dan lokasi dia menyembunyikan diri.

Selain itu, pihak Interpol Indonesia juga sedang mengenal pasti individu terbabit bersekongkol melindungi Jamal sepanjang dia berada di negara jiran berkenaan.

Pada masa sama, POLRI juga sedang berhubung rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menguruskan proses penghantaran Jamal kembali ke negara ini.


Sementara itu, sumber Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata, pada masa ini, pihak Jabatan Siasatan Jenayah sedang menguruskan segala proses diperlukan dalam usaha membawa pulang Jamal ke negara ini.

"Kita perlu memahami proses dan prosedur undang-undang negara Indonesia dan sedang bekerjasama mengikut saluran bertepatan untuk membawa Jamal kembali ke Malaysia.

"Justeru, kita akan menunggu sehingga POLRI selesai menjalankan siasatan sebelum tindakan selanjutnya dilakukan," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Katanya, PDRM memuji tindakan pantas perisikan dijalankan POLRI yang dikategorikan sebagai amat profesional dalam mengesan dan menahan Jamal.

Beliau berkata, pada masa ini, PDRM terutamanya Polis Kontinjen Selangor, sedang mengemaskini semua kertas siasatan terhadap kesalahan dilakukan Jamal sebelum dia dihadapkan ke muka pengadilan sekembalinya ke Malaysia.


Jamal diberkas sekitar jam 6.15 petang waktu Malaysia di depan sebuah kedai gunting rambut di Tebet oleh sepasukan POLRI dengan kerjasama PDRM.

Dia dipercayai menghilangkan diri ketika dalam tahanan polis semasa menjalani rawatan di sebuah hospital di Ampang, di sini, pada Mei lalu.

Selepas itu, Jamal kerap muncul dengan beberapa klip video termasuk di ladang kelapa sawit dipercayai di Indonesia.

No comments

Powered by Blogger.