Header Ads

“Dialah Insan Terakhir Yang Keluar Dari Gua.” Doktor Sukarela Terima Berita Kematian Ayah Sejurus Misi Tham Luang Berjaya..


CHIANG RAI: Seorang doktor yang terlibat dalam misi menyelamatkan 12 remaja dan jurulatih mereka yang terperangkap dalam gua di Chiang Rai, Thailand menerima berita sedih kematian bapanya sejurus misi tersebut berjaya.

Dr Richard 'Harry' Harris, 53, merupakan insan terakhir yang keluar dari gua Tham Luang pada Selasa menerima berita itu saat dia meraikan kejayaan misi tersebut.


Dr Richard bukan asing dalam usaha menyelamat di seluruh dunia. Kemunculannya dalam menjayakan misi ini dilihat penting kerana kebolehan dan kepakarannya selama 30 tahun menyelam di dasar gua.

Related image

Dr Richard terkenal kerana peranannya sebagai pakar perubatan di lokasi dan kebolehannya memberi bantuan kepada mereka yang tinggal di kawasan yang sukar dikunjungi.


Selain itu, beliau yang berasal dari Adelaide juga merupakan antara pencetus idea utama untuk menenangkan kesemua mangsa sewaktu proses membawa mereka keluar ke permukaan dilakukan.

Related image

Image result for Dr Richard 'Harry' Harris,

Related image

Related image

Australia memainkan peranan utama dalam misi ini dengan menghantar 19 petugas termasuk enam penyelam berpengalaman termasuk Dr Harris.

No comments

Powered by Blogger.