Header Ads

Cara Pantas Kumpul Puluhan Ribu RInggit Dalam ASB ?? Kenali Konsep Pelaburan Paling Hebat & Ikut Saja Tip yang Dikongsikan Ini Untuk Membina Tabungan. Rugi Kalau Tak Follow…



Kenali Kuasa Faedah Kompaun, konsep pelaburan paling hebat yang mampu menggandakan wang pelaburan anda…

Pernahkah anda dengar mengenai konsep kuasa faedah kompaun yang diperakui sebagai keajaiban dunia ke-8 oleh saintis terkenal Albert Einstein?

Selepas berkenalan dengan konsep kuasa faedah kompaun ini dan mengetahui apa yang boleh dilakukannya terhadap wang anda, pastinya anda tidak akan teragak-agak lagi untuk melabur, dan berasa berat setiap kali ingin berbelanja.

Mana tidaknya apabila anda memahami konsep kuasa faedah kompaun dalam pelaburan, anda akan dapat lihat bagaimana wang anda boleh menjadi mesin menjana pendapatan yang sangat berkuasa, manakala anda pula, apabila tiba masanya hanya perlu meraih nikmatnya tanpa perlu bekerja keras. Yang penting anda melabur.

Kita lihat dulu apakah maksud kuasa faedah kompaun seperti yang dinyatakan dalam Investopedia. Menurut Investopedia, kuasa faedah kompaun atau power of compounding interest ialah keupayaan dividen atau pulangan tahunan (yang diterima pelabur) untuk  menjana pendapatan apabila ia tidak dikeluarkan (dibiarkan dalam akaun) dari tahun ke tahun (interest on interest).

Macam keliru saja bila membacanya, tetapi sebenarnya mudah sahaja. Untuk menikmati keajaiban kuasa faedah kompaun, ada 2 perkara yang tidak boleh dikeluarkan oleh pelabur iaitu wang yang dilaburkan dan dividen yang diterima selagi tiada keperluan mendesak atau sehingga matlamat yang ditetapkan menjadi realiti.



Sebagai contoh, katakan Ahmad melabur RM5,000.00 dalam ASB dan menerima pulangan purata 6 peratus setahun. Selepas 20 tahun, sekiranya Ahmad tidak mengeluarkan pelaburan dan dividen yang diterima, pelaburan beliau mampu berkembang kepada RM 16,551.00, yang mana RM11,551.00 merupakan pendapatan daripada pelaburan semula dividen tahunan .

Jumlah berkenaan akan menjadi lebih besar jika Ahmad turut melabur setiap bulan secara konsisten.

Katakan Ahmad melabur RM100.00 setiap bulan sepanjang tempoh berkenaan, jumlah pelaburan Ahmad berkeupayaan untuk berkembang kepada RM62,755.00, yang mana RM33,755.00 merupakan wang yang dikumpul daripada dividen tahunan yang dilaburkan semula.

Kesimpulannya ialah, apabila modal pelaburan dan dividen tahunan tidak dikeluarkan untuk satu tempoh yang panjang, kuasa faedah kompaun akan menukar kedua-duanya kepada sebuah mesin yang mampu menjana pendapatan secara berterusan.

Sekiranya pelabur menambah pula pelaburan secara konsisten setiap bulan, kuasa faedah kompaun akan menjadi sebuah mesin menjana kekayaan yang lebih berkuasa.

Jadi kalau nak merasa hebarnya kuasa faedah kompaun ini, apa lagi melaburlah dalam ASB. Kalau belum ada akaun, pergi saja ke mana-mana Cawangan ASNB atau Ejen seperti Pos Malaysia, Maybank, CIMB Bank dan RHB Bank untuk membuka akaun.

Lepas tu teruskan melabur secara konsisten secara on-line menerusi portal myASNB. Percuma je tau.


Jadi berdasarkan konsep kuasa faedah kompaun, petua untuk memiliki puluhan ribu dalam akaun ASB ialah:

Tip 1
Melabur secara konsisten, berdisplin dan tidak mengeluarkan dividen yang diterima sehinggalah ia cukup untuk merealisasikan matlamat.

Tip 2
Melabur untuk jangka panjang kerana dalam tempoh yang pendek, kuasa faedah kompaun tidak memberi kesan yang besar kepada wang yang dilaburkan. Berdasarkan Rule of 72, anda boleh membuat anggaran tempoh yang anda perlukan untuk wang anda berganda berdasarkan dividen tahunan yang diterima. Contohnya, anda menerima pulangan purata tahunan 6% daripada pelaburan, wang pelaburan anda akan berganda selepas 10 tahun (72/6 =12).

Tip 3
Jangan bertangguh untuk mula melabur, lebih cepat lebih baik dan lebih besarlah wang yang boleh anda kumpulkan

Tip 4
Asingkan akaun pelaburan dan simpanan. Akaun ASB untuk pelaburan jangka panjang manakala wang dalam akaun simpanan Maybank, CIMB adalah untuk kegunaan harian


Tip 5
Amalkan konsep labur dahulu baru belanja, jika anda menunggu ada lebih baru nak melabur, memang sampai bila-bilapun anda tidak akan melabur, apatah lagi mempunyai ribuan ringgit dalam ASB dan

Tip 6
Paling penting kalau nak mempunyai tabungan puluhan ribu ringgit, anda kenalah memilih tempat pelaburan yang berisiko rendah tetapi mampu memberi pulangan yang best macam Amanah Saham Bumiputera (ASB).








No comments

Powered by Blogger.