Header Ads

Bayi Usia 10 Bulan Cedera Parah, Lebam Di Dahi, Pendarahan Pada Mata Dan Retak Tempurung Kepala Akibat Jatuh Buaian Di Rumah Pengasuh..



TANGKAK - Seorang bayi berusia 10 bulan parah di kepala selepas dipercayai terjatuh dari buaian ketika berada dalam pengawasan pengasuhnya.

Bayi lelaki itu kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar sejak Selasa lalu, telah dihantar selepas dikejarkan ke Hospital Tangkak pada hari sama.


Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohad Idris Samsuri berkata, bayi berkenaan dibawa oleh pengasuh ke Hospital Tangkak pada Selasa lalu selepas mengalami sawan.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam di dahi kiri, pendarahan pada bahagian mata dan retak tempurung kepala.


“Pegawai perubatan yang merawat mangsa membuat laporan polis dan siasatan terhadap pengasuh mendakwa mangsa pernah dua kali terjatuh daripada buaian sepanjang di bawah jagaannya.

“Bagaimanapun siasatan lanjut sedang giat dijalankan termasuk mendapatkan maklumat serta keterangan daripada ibu bapa mangsa, ahli keluarga dan jiran,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.


Mohad Idris berkata, polis juga telah menahan pengasuh terbabit pada jam 12.15 tengah malam tadi dan mendapat kebenaran menahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber: Sinar Harian

No comments

Powered by Blogger.