Header Ads

“Bayi Itu Ditemui Menangis Di Tepi Mayat Yang Dipenuhi Peluru.” 6 Sekeluarga Mati Dibunuh, Hanya Bayi 7 Bulan Terselamat..



RIO DE JANEIRO: Polis Brazil berkata semalam, ia sedang menyiasat pembunuhan enam anggota satu keluarga di sini, di mana satu-satunya mangsa yang terselamat adalah bayi tujuh bulan.

Menurut laporan media Brazil, pembunuhan itu berkaitan penyelesaian antara penyeludup dadah. Mereka menamakan Bruno de Souza, 19, dikenali 'Indio' sebagai sasaran utama pembunuhan itu.


Insiden pembunuhan itu berlaku semalaman antara Isnin dan Selasa di Mangaratiba, sejauh 100 kilometer di selatan Rio.

Polis Rio mengesahkan siasatan terhadap kematian de Souza, pasangannya berusia 22 tahun, seorang wanita 37 tahun dan pasangannya berusia 33 tahun serta dua anak mereka masing-masing berusia 16 dan 18 tahun.


Menurut akhbar Extra, ibu kepada seorang daripada dua wanita dibunuh berkata, dia menemui bayi yang menangis di atas kerusi antara tubuh mangsa yang dipenuhi peluru.

Sehingga pertumpahan darah malam Isnin lalu, bandar Mangaratiba dengan 30,000 penduduk, terkenal sebagai tempat di mana bintang bola sepak Neymar, menjalani pemulihan di sebuah villa mewah akibat pembedahan kakinya yang patah Februari lalu. -AFP

No comments

Powered by Blogger.