Header Ads

'Baru Beli Semalam, Hari Ini Dah Hancur Remuk.' Kereta Sport Mclaren RM1.2Juta Hancur Terlanggar Pokok..



KERETA sport yang melanggar sebatang pokok di Fairfax County pada Sabtu baru sehari dimiliki dan menyebabkan kerugian beratus-ratus ribu dolar, menurut polis.

Dalam posting di Twitter, polis menganggarkan kenderaan jenis McLaren 720S itu berharga sekitar AS$300,000 (RM1.2 juta).


Selepas kemalangan tersebut yang berlaku di kawasan Great Falls, pemandunya dibawa ke hospital yang mana polis menyatakan bahawa kecederaannya tidak mengancam nyawa.

Menegaskan bahawa kenderaan itu musnah sepenuhnya dan berlaku disebabkan kelajuan tinggi, tweet itu turut memberi peringatan untuk tidak memandu laju.

Jika tidak, polis berkata 'tanggunglah semuanya sendiri'.


Di laman webnya, syarikat McLaren berkata model 720Snya adalah sebuah 'supercar', lebih ringan, lebih kuat dan lebih pantas.

Polis berkata kemalangan berlaku kira-kira pukul 7.45 pagi.

Mengikut tweet itu, ia mungkin dipandu hanya untuk masa yang singkat.


"Dibeli hari Jumaat," kata tweet itu. "Rosak keseluruhan pada Sabtu."

Pemandunya tidak dikenalpasti.

McLaren 720S terpakai, yang telah dipandu pada jarak 1,300 batu itu, diiklankan di laman web Carfax untuk AS$317,255 (RM1.3 juta). -WashingtonPost



No comments

Powered by Blogger.