Header Ads

"Bagi Saya Ular Adalah Haiwan Yang Menarik Dan Baik.”Gadis Ini Berkongsi Bilik Tidur Bersama 16 Ekor Ular..



SEWAKTU berusia 14 tahun, Zee tertarik melihat seekor ular di kedai haiwan dan terpaksa berkongsi duit dengan abangnya untuk membeli reptilia itu.

Kini, dia yang sudah berusia 21 tahun memiliki 16 ekor ular yang tinggal bersama di dalam bilik tidurnya.


Biarpun sudah acap kali digigit, dia tidak pernah terfikir bahawa haiwan itu akan bertindak agresif terhadapnya.

Zee bersama ular-ular kesayangan yang dipelihara di dalam rumahnya.

"Saya selalu digigit, boleh dikatakan setiap minggu.

Image result for Zee shares her bedroom with a python snake

"Kalau mereka tak lepaskan gigitan, saya akan gunakan alkohol atau rendam kepada mereka dalam air.


"Ular tidak membunuh, cuma mereka adalah haiwan yang mudah rasa seperti terancam," ujar pelatih jururawat itu.

Image result for Zee shares her bedroom with a python snake

Menurut Zee, ular kegemarannya adalah Scarlet, seekor spesis ular sawa Burma.

Mengenai aspek penjagaan, dia biasanya akan melepaskan ular yang besar di ruang depan rumahnya agar mereka dapat bergerak bebas.


"Bagi saya ular adalah haiwan yang menarik dan baik. Mereka boleh tunjuk pada saya apabila mereka mahu bersendirian.

"Jadi kenapa tidak boleh sayang ular, mereka sangat hebat dan saya belajar benda baharu setiap hari bersama mereka," ujarnya lagi. - Metro.UK


No comments

Powered by Blogger.