Header Ads

Anak Jutawan Papa Kedana Habiskan RM42.4 Juta Duit Syarikat Bapa Bakal Ke Penjara Gara-Gara Ikut Keinginan Kekasih 'Hot'..



ANAK lelaki seorang ahli perniagaan terkemuka dihukum penjara gara-gara memenuhi keperluan dan keinginan teman wanitanya yang cantik.

Zhang Xiaoen, 29, yang dibesarkan sebagai anak tunggal dalam sebuah keluarga kaya di Hangzhou, China, sudah biasa dengan kemewahan dan menghabiskan sejumlah besar wang untuk apa saja yang diinginkannya.

Namun, sumber kewangan keluarganya itu masih tidak mencukupi untuk memenuhi kehendak Yang Yizhen, seorang wanita muda yang menjadi teman wanitanya dua tahun lalu.


Sebagai seorang model bebas dan berpengaruh di media sosial, Yizhen dilaporkan menjadi kesayangan Xiaoen dan dia sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan kekasihnya itu gembira.

Malangnya, walaupun sudah kaya-raya, keinginan Yizhen mengatasi wang ringgitnya.

Media China melaporkan bahawa dalam tempoh dua tahun lalu, Xiaoen memanjakan teman wanitanya itu dengan pelbagai hadiah mahal, bermula dengan pakaian, aksesori, barang kemas berjenama mewah, kereta dan beberapa perjalanan ke Dubai.


Untuk memastikan dia dapat terus berbelanja besar, dia dilaporkan mengeluarkan wang sebanyak 70 juta yuan (RM42.4 juta) dari syarikat bapanya dan kemudian mula meminjam lebih banyak wang daripada rakan-rakannya supaya dia boleh berjudi untuk membayar balik wang bapanya.

Malangnya apa yang dirancang tidak menjadi.


Dia bukan sahaja tidak mampu menang 70 juta yuan, sebaliknya mengalami kerugian sebanyak 170 juta yuan (AS$25.4 juta) daripada pemberi pinjamannya.

Tidak dapat membayar hutang-hutangnya, lelaki ini akhirnya ditangkap polis.


Didakwa dengan penipuan, Xiaoen mengaku pengurusan kewangannya yang lemah, tetapi juga menyalahkan teman wanitanya kerana akhirnya perlu berdepan situasi buruk seperti ini.

Semasa pendengaran di mahkamah, dia berkata Yizhen sering menenamaninya ke Macau dan menggalakkannya untuk berjudi.


Media China mendedahkan selepas Xiaoen ditangkap, teman wanitanya bukan sahaja meminggirkannya, tetapi juga mula bekerjasama dengan pendakwa.

Dia terus tidak bercakap tentang Xiaoen di media sosial, dan dilaporkan menyiarkan gambar dirinya dengan lelaki lain.



No comments

Powered by Blogger.