Header Ads

"Amalan Makan Pisang Dan Avocado Mampu Elak Serangan Jantung Dan Strok." Doktor.


LONDON  – Mengambil sebiji pisang dan avokado dalam rutin pemakanan harian dapat mengelak serangan jantung dan strok.

Lapor Mail Online, berdasarkan penyelidikan yang dilakukan oleh Universiti Alabama di Birmingham, kandungan potasium dalam pisang boleh mengelakkan jantung daripada tersumbat termasuk menghalang arteri menjadi keras.


Kajian terdahulu mendedahkan saluran arteri yang tidak fleksibel dan keras meningkatkan risiko seseorang terkena serangan jantung atau strok.

Ketua pengkaji, Dr. Paul San­ders berkata, penyelidikan itu menunjukkan kebaikan pengambilan potasium sebagai makanan tambahan untuk mengelak sistem pembuluh darah menjadi keras.


Kumpulan pengkaji itu turut menjalankan satu ujian terhadap tikus yang berisiko terkena serangan jantung akibat diberi makanan mengandungi lemak tinggi.

Keputusan ujian mendapati saluran arteri tikus itu menjadi lebih keras berbanding selepas diberi makanan yang mengandungi potasium tinggi.


Sanders menjelaskan, kajian tersebut secara tidak langsung menunjukkan manfaat potasium sebagai makanan tambahan yang mencukupi untuk mencegah sistem pembuluh darah daripada terjejas.



No comments

Powered by Blogger.