Header Ads

Wanita Alami Radang Mata Selepas Najis Kumbahan Manusia Dari Kapal Terbang Jatuh Terkena Pada Kereta Dan Badanya..



Seorang wanita di Kelowna, Kanada mengalami radang mata selepas kereta yang dipandunya terkena najis manusia yang jatuh dari sebuah pesawat.

Susan Allen dan anak lelakinya, Travis sedang menunggu di persimpangan lampu isyarat pada 9 Mei dan membiarkan tingkap pada bahagian bumbung kereta terbuka.


Tiba-tiba cecair kumbahan mula menghujani keretanya dan kereta di sebelahnya, membuatkan Allen dan anaknya bermandi najis manusia.



"Najis itu terkena pada bahagian bumbung, tempat duduk, muka dan baju saya. "Ia sangat jijik," kata Allen kepada Vice.


Gambar mata Allen selepas kejadian tersebut.

Tambahnya, bau najis itu sangat busuk dan Travis, 21, muntah serta-merta. Ketika dia melihat ke arah bumbung keretanya, Allen ternampak sebuah pesawat terbang di atasnya.


Dia terus memandu ke tempat mencuci kereta untuk membersihkan diri mereka mereka dan kereta yang dipenuhi tompokan najis itu.

Mata Allen bengkak sebesar bola golf dan disahkan mengalami conjunctivitis.


Transport Kanada sedang menyiasat mengenai insiden itu dan mememandangkan lapangan terbang Kelowna berada berhampiran, cecair kumbahan itu dipercayai jatuh dari sebuah pesawat yang melalui kawasan itu.


Sumber : MashableAsia

No comments

Powered by Blogger.