Header Ads

(VIDEO) "Trauma! Trauma! Bukan Setakat Sampah Sarap, Sisa Najis Pun Campak Ikut Tingkap." Penghuni Rumah Flat Warga Asing Tidak Bertanggungjawab, Buang Sampah Merata-Rata..



Pihak Alam Flora telah membuat lawatan mengejut ke tapak lokasi yang dikatakan viral sisa pepejal tidak dikutip diharap dapat membuka mata ramai pihak.

Image may contain: 1 person, walking and outdoor

Sememangnya tugas mereka untuk membersihkan kawasan, tetapi kalau sudah seteruk ini sikap penduduk, apakah masih lagi boleh dibiarkan?


Lawatan kejutan oleh CEO kami ke tapak lokasi yang dikatakan viral sisa pepejal tidak diurus dengan baik oleh penduduk di Jalan Baba, Cheras Batu 2 1/2 dan Taman Tenaga Kuala Lumpur.




Dato’ Haji Mohd Zain Hassan menekankan penguatkuasaan perlu dilaksanakan bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku di negara yang kita cintai ini iaitu Malaysia.




Selepas dibersihkan masih lagi sikap penduduk membuang sampah dari tingkap tanpa menghiraukan siapa yang berada di bawah.



Kata pekerja kami lagi bukan saja najis malah sisa lain seperti televisyen dibuang dari tingkat atas. Mujur tidak terkena pekerja kami yang bertugas di bawah. Malah pekerja kami berasa bimbang setiap hari sekiranya melalui jalan berkenaan ketika operasi. Trauma… trauma…


Diharapkan kita dapat melihat permasalahan ini agar penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan baik dan bijaksana.

Kebanyakan warga asing yang menginap di kawasan ini merupakan warganegara Bangladesh dan Myanmar. Bukannya tong sampah tidak disediakan, tetapi mereka ini sewenang-wenangnya mencampak sampah dari tingkap atas rumah kerana lebih ‘mudah’. Budaya malas dan pengotor apakah ini?


Alam flora membersihkan kawasan tersebut enam kali seminggu tetapi perkara yang sama berulang setiap hari. Ini bukan sahaja merupakan sikap yang tidak boleh diterima namun langsung tidak ada dasar prihatin kepada pekerja yang bertungkus-lumus mengutip sisa sampah dari masyarakat yang tidak bertanggungjawab.

Perkongsian ini diharap dapat diambil perhatian serius oleh pihak yang berwajib kerana jika dibiarkan warga negara asing semakin melampau. Tiada cara lain, hanya undang-undang yang tegas mampu mengajar golongan ini !

VIDEO:


Sumber: Alam Flora

No comments

Powered by Blogger.