Header Ads

(VIDEO) Telalu Asyik Menari, Pistol Agen FBI Terjatuh Ke Lantai Dan Tertembak Kaki Pengunjung Kelab..

INSIDEN seorang ejen FBI secara tidak sengaja menembak seorang lelaki apabila melakukan aksi melompat ke belakang di sebuah kelab malam Colorado.

LOS ANGELES: Polis sedang menyiasat insiden seorang ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) yang tidak bertugas secara tidak sengaja menembak seorang lelaki apabila melakukan aksi melompat ke belakang di sebuah kelab malam Colorado, lapor media tempatan semalam.


Video diperoleh stesen televisyen tempatan menunjukkan ejen lelaki tinggi lampai itu, dengan kumpulan pengunjung di sebelahnya menari penuh bersemangat sebelum melakukan aksi lompat ke belakang.

Malangnya, tindakan itu menyebabkan pistolnya jatuh daripada seluar dan dia gagal menyambutnya sebelum alat itu melepaskan tembakan dan terkena seorang lelaki pada bahagian kaki.


Mangsa tembakan kini dirawat dengan kecederaan tidak mengancam nyawa, kata stesen televisyen tempatan sekutu ABC.

Ejen itu dibawa ke ibu pejabat polis dan kemudian dilepaskan kepada pengawal selia FBI. -AFP

VIDEO:

No comments

Powered by Blogger.